Thursday, October 27, 2011

Mesyuarat Zon Keramat

Rakan GC Zon Keramat,

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Mesyuarat GC zon Keramat akan diadakan seperti butiran berikut

Tarikh: 3 November 2011(Khamis)
Masa: 2.00 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Cempaka 1
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri
56000 Kuala Lumpur

Semua GC zon Keramat dikehendaki hadir kecuali mereka yang bertugas rasmi. Sila maklum saya jika tidak dapat hadir.

Agenda:
• Ucapan Aluan Pengerusi
• Pengesahan minit mesyuarat
• Perkara berbangkit
• Perancangan Pelan strategik, Pelan taktikal MGCWP 2012
• Perancangan Pelan strategik, Pelan taktikal Pengerusi mata pelajaran 2012
• Laporan data oleh Setiausaha
• Laporan kewangan setiap zon oleh Bendahari
• Penjualan Buku terbitan MGCM terbaru
• Hal-hal lain
• Ucapan penangguhan

Makanan ringan disediakan mulai 1.00 petang.
Sila bawa cukup wang untuk yuran tahunan bagi yang belum bayar dan juga untuk buku antologi cerpen RM35 dan Inovasi dan Kreativiti RM45.00. Harap dapat sokongan membeli buku tersebut.

Semoga semua GC Keramat akan hadir untuk menjayakan mesyuarat terakhir tahun ini.

Pengerusi Zon Keramat:
Mr Tan Kar Seng

Tuesday, October 25, 2011

Happy Diwali

Wishing all Hindu GC's ~~~ Happy Deepavali..


Wednesday, September 28, 2011

Pengedaran Buku GC

Sukacita dimaklumkan bekalan dua buku terbaru terbitan MGCM telah diterima oleh MGCWP. Buku-buku tersebut telah dihantar kepada Setiausaha MGCWP Pn Mahadiah Muda di SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur. Ini kerana sekolah ini berada di tengah KL dan memudahkan semua pengerusi Zon mengambil stok buku tersebut untuk mula dijual.

MGCWP dibekalkan sebanyak 15o naskhah bagi setiap satu jenis. Semua zon akan diagihkan sebanyak 30 naskhah masing-masing untuk dijual kepada ahli dan juga bukan ahli.

Sila baca surat yang disertakan dan sampel kulit buku-buku tersebut. Resit telah disediakan untuk urusan cukai pendapatan.

Harga buku : Inovasi dan Kreativiti.... RM45.00
Harga buku : Antalogi Cerpen....RM35.00

Setiausaha akan menghubungi semua pengerusi zon dalam minggu ini untuk datang ke sekolah saya dan mengambil stok buku tersebut. Pengerusi zon boleh menghubungi bendahari masing-masing untuk tindakan seterusnya.

Kerjasama semua ahli adalah sangat penting dalam menguruskan penjualan buku-buku ini.

*Penerbitan buku-buku ini adalah merupakan satu strategi untuk memperkenalkan dan meningkatkan maruah GC kepada masyarakat khasnya dalam bidang penulisan.

*Jika kita tidak menyumbang dalam bentuk penulisan, mengapa tidak kita menyumbang dalam bentuk pembelian?








Harap maklum, terima kasih.

'Kecemerlangan berterusan'

MM