Saturday, February 13, 2010

Bengkel Pembinaan Item Bahasa Inggeris 2010

Program : Pembinaan Item Ujian Diagnostik, Ujian Intervensi dan Percubaan PMR dan SPM

Tarikh : 9 – 11 Februari 2010

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Pudu

Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang

Kumpulan Sasaran : Guru Cemerlang Bahasa Inggeris


Objektif :

a) Memberi penerangan tentang kriteria pembinaan item kepada guru.

b) Menggubal soalan untuk Peperiksaan Intervensi,Diagnostik dan Percubaan PMR & SPM peringkat WPKL.


RINGKASAN AKTIVITI

SLOT 1 (Kriteria Bina Item oleh Puan Usha Diane)

Slot 2 – Bengkel bina item

Principles of Testing

  1. Test what the students know (draw from syllabus)
  2. What is important in the syllabus? (JSU first, then go to questions)
  3. Use Bloom Taxonomy
  4. Assessment Criteria
  5. Marking Scheme

Wednesday, February 10, 2010

Pemantapan Pengurusan P&P Panitia Sejarah

TARIKH / HARI : 9 Februari 2010 (Selasa)

TEMPAT : Memorial Tun Abdul Razak

PENYELARAS : Pn Norhayati bt Mat Zain

LAPORAN RINGKAS PROGRAM:

Bermatlamat untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P Panitia Sejarah JPWPKL maka perkongsian ilmu ini direalisasikan. Sasaran yang diharapkan ialah 95% Panitia Sejarah sekolah-sekolah JPWPKL menguasai pengurusan P&P dengan cara mudah.

Secara umum, kursus ini mengandungi 3 slot perkongsian iaitu tentang Transformasi P&P, Strategi Cemerlang PMR dan slot Penggunaan Blog . Semua GC hadir sebagai urusetia dan membantu guru-guru yang ada.

Kursus ini juga merupakan agenda terakhir Encik Hadi Taufik bin Hussin, PP Kemanusiaan JPWPKL sebelum bertukar ke PPD Sentul-Keramat. Kehadiran seramai lebih 100 orang KP Sejarah membuktikan bahawa program ini amat diperlukan dalam usaha memantapkan pengurusan Panitia Sejarah di sekolah selain untuk berkongsi ilmu serta mendapatkan pelbagai info terkini yang disampaikan pihak JPWPKL mahupun MGC Sejarah sendiri.

Pihak MGC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPWPKL, PPD Bangsar-Pudu dan PPD Sentul-Keramat kerana menjadi penaung aktif serta kerjasama membanggakan yang akhirnya menjayakan program ini.