Showing posts with label Seminar. Show all posts
Showing posts with label Seminar. Show all posts

Monday, July 18, 2011

SEMINAR KECEMERLANGAN BAHASA MALAYSIA STPM

Tarikh : 18 Julai 2011

Masa : 8.00 – 1.00 petang

Tempat : Dewan SMK Victoria, KL

Penganjur : JPNWP

Objektif Am :

i) memberi pendedahan kepada pelajar Prauniversiti yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia tentang skop soalan peperiksaan

Objektif Khusus:

i) pelajar berkeyakinan untuk menjawb soalan peperiksaan STPM yang merangkumi kertas1 dan kertas 2.

Kumpulan Sasaran : 120 orang pelajar Prauniversiti

Laporan Perjalanan Bengkel:

Seminar ini dihadiri oleh 120 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam pepeiksaan STPM. Peserta seminar ini terdiri daripada pelajar harapan (mendapat markah BM di bawah 40 markah) yang bersekolah di Kuala Lumpur. Seminar ini dikendalikan oleh empat orang guru sumber Bahasa Malaysia Tingkatan 6 yang diketuai oleh Pn Noriah Harun (karangan dan alih bentuk teks) selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia STPM. Guru-guru yang terlibat ialah Pn Noor Sham Abdul Hamit (Pemahaman dan rumusan), Pn Roslina Abu (analisis kesalahan bahasa) dan Pn Rokiah Abas (Kertas 1 dan Tatabahasa).

GAMBAR SEKITAR SEMINAR KECEMERLANGAN BM STPM 2011

Puan Noriah Harun menyampaikan ceramah

Para peserta seminar sedang mendengar ceramah

Friday, June 24, 2011

Seminar Kecemerlangan PMR 2011

Tarikh : 23-24 Julai 2011

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

Tempat : Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya


Bayaran: RM 90.00

Makanan dan edaran akan disediakan


Sila maklumkan kepada semua murid tingkatan 3 di sekolah anda. Untuk pendaftaran, sila hubungi Puan Asrima (0193622176) atau Puan Vasantha (0122373636) di SMK Victoria.

Thursday, March 31, 2011

Seminar Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 2 STPM

Tarikh : 31 Mac 2011

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

Tempat : Dewan SMK Wangsa Melawati, KL

Kumpulan Sasaran:

Seramai lebih kurang 30 orang pelajar yang mengambil kertas Bahasa Malaysia STPM telah terlibat dalam seminar ini yang terdiri daripada pelajar dari SMK Wangsa Melawati, SMK Taman Melati dan SMK Desa Tun Hussein Onn.

Laporan Perjalanan Bengkel:

SMK Wangsa Melawati telah mengambil inisiatif dengan mengumpulkan pelajar yang mengambil Bahasa Malaysia dari sekolah SMK Taman Melati dan SMK Desa Tun Hussein Onn untuk bersama-sama menghadiri seminar teknik menjawab soalan BM 2. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Noriah Harun selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia yang mengajar kertas 2 Bahasa Malaysia. Pelbagai teknik menjawab soalan telah disampaikan oleh beliau agar pelajar dapat menjawab soalan yang diberi dengan tepat dan menepati kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia.




Monday, September 27, 2010

Seminar Kecemerlangan SPM


SEMINAR KECEMERLANGAN SPM 2010

ANJURAN MAJLIS GURU CEMERLANG WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BERSAMA PEJABAT PELAJARAN DAERAH ZON BANGSAR/PUDU

TEMPAT : AUDITORIUM FAKULTI KEJURUTERAAN UNIV MALAYA


Tarikh : 16 Oktober 2010 (SABTU)


Tarikh : 17 Oktober 2010 (AHAD)

Please click to enlarge !

Monday, August 16, 2010

Seminar Kecemerlangan Biologi SPM 2010

Seminar Kecemerlangan Biologi SPM ini telah diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH : 22 JULAI 2010 (KHAMIS)

MASA: 8.00 pagi – 4.00 petang

TEMPAT: Dewan SMK Victoria

KUMPULAN SASARAN:

160 pelajar dari 42 buah sekolah semua zon pencapaian Gred Purata lebih 5 dalam SPM 2009

LAPORAN PERJALANAN SEMINAR:

Pengisian seminar adalah pendedahan kepada pelajar Teknik menjawab Kertas 2 Biologi yang dikendalikan oleh Pn Chan dan Pn Hasnani, manakala Teknik menjawab Kertas 3 dikendalikan oleh Pn Nik rahayu dan Pn Tuan Normah. Kesemua adalah Guru Cemerlang Biologi.

Maklumbalas dari pelajar menunjukkan bahawa seminar seperti ini masih diperlukan pada masa akan datang tetapi dengan kumpulan sasaran yang berbeza dan melibatkan lebih ramai pelajar. Tempoh masa seminar didapati tidak mencukupi dan perlu dijadikan selama dua hari supaya ianya lebih berkesan.

Secara amnya, maklum balas menunjukkan masih ramai pelajar yang memerlukan bimbingan teknik menjawab soalan SPM. Ada juga yang memerlukan kursus-kursus seperti teknik belajar Biologi berkesan.

Seminar Kecemerlangan Pengajian Am STPM

Tarikh : 3 Ogos 2010 (Selasa)

Tempat : SMK Tinggi Setapak

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Penganjur : JPNWPKL

Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 6 Atas (103 peserta)

Guru Cemerlang Pengajian Am, Pn Leela Devi (penceramah) dan En. Halim (tuan rumah)terlibat dalam pengendalian seminar ini bersama dengan guru-guru sumber Pengajian Am yang lain. Seminar ini bertujuan untuk membimbing pelajar tingkatan Enam Atas dalam teknik menjawab kertas 2 Pengajian Am dengan sempurna dan meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian prestasi mereka. Bahan-bahan edaran yang relevan telah diedarkan untuk mewujudkan penglibatan dua hala yang aktif.













Thursday, August 5, 2010

Seminar Kecemerlangan Bahasa Malaysia STPM

Seminar Bahasa Malaysia STPM peringkat JPWP telah diadakan pada 22 Julai 2010 bertempat di Dewan SMK Datok Lokman, Kg Pandan bermula jam 8.00 -4.00 petang. Jumlah sekolah yang mengambil bahagian ialah 28 buah sekolah. Setiap sekolah dikehendaki menghantar 4 org pelajar yang mendapat markah CGPA 2 utk kertas BM. Seramai lebih kurang 140 org pelajar yang hadir walaupun bilangan pada peringkat awal dihadkan kpd 4 org setiap sekolah. Seramai 4 org guru sumber BM turut memberi ceramah yang diketuai oleh Pn Noriah Harun selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia tingkatan enam.



Wednesday, August 4, 2010

Seminar Kecemerlangan PMR Anjuran Bersama JPNWP dan Masjid Wilayah WP

Tarikh: 3 Ogos 2010

Tempat: Dewan Ceramah, Masjid Wilayah Persekutuan

Masa: 11.00-1.00 pm

Penceramah : 1. Pn. Heriana Md Salleh (Kumpulan Cemerlang)

2. Pn Razidah Ibrahim (Kumpulan Harlus)

Kumpulan Sasaran: Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Harlus (Harapan Lulus)

Objektif: 1. Memberikan teknik-teknik menjawab soalan kertas 2: Bahasa Inggeris

PMR

2. Memberikan pendedahan kepada teknik menjawab secara berkumpulan

dan individu

Aktiviti yang dijalankan:

1. Ucapan pengenalan oleh penceramah mengenai format kertas 2: Bahasa

Inggeris PMR

2. Penerangan teknik menjawab mengikut bahagian-bahagian kertas

soalan tersebut: Section A:Directed Writing

Section B: Summary

Section C: Novel Response

3. Perbengkelan dalam kumpulan masing-masing untuk mencuba

menjawab soalan-soalan contoh yang diberikan dengan berpandukan

teknik menjawab ynag telah diterangkan.


Pencapaian: Secara keseluruhan, pelajar-pelajar telah memberikan respon yang positif dan amat berminat dengan nota yang telah dibekalkan kepada mereka.

Seminar Teknik Menjawab Soalan Untuk Pelajar Pengajian Am 900

Tarikh: 3 Ogos 2010 (Selasa)

Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak

Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Kumpulan Sasaran: Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Peringkat Negeri WPKL

Objektif:

1. Mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan bagi kedua-dua kertas.

2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar.

3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan-soalan Pengajian AM 900 terutamanya menjelang peperiksaan


Aktiviti yang dijalankan:

7.00 pagi - Pendaftaran

8.00 pagi - Kertas 1 (Penceramah: Pn. Lin Ee Lan dari SMK Seri Sentosa)

8.45 pagi - Kertas 2 (Bahagian A dan B) (Penceramah: Pn. Azizah Sukor dari SMK Cochrane)

9.30 pagi - Kertas 2 (Bahagian C)

(Penceramah: Pn. Norhasmah Hassan dari SMK Tmn Tun Dr. Ismail)

11.00 pagi - Kertas 2 (Bahagian D)

(Penceramah: Pn. Leela Devi Balakrishnan dari SMK Chong Hwa)

Huraian ringkas

Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik-teknik menjawab kertas-kertas Pengajian Am dengan sempurna. Para pelajar menumpukan perhatian mereka dengan penuh teliti kepada segala arahan serta nasihat yang diberi oleh para penceramah yang berpengalaman luas di dalam mata pelajaran ini.

Pencapaian

Seminar ini berjaya membuka mata para pelajar kepada teknik-teknik mendapat keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran Pengajian Am STPM.



Dilapor oleh,

(ISAAC J. VICTOR)

SMK Jinjang

Friday, July 9, 2010

Program Seminar PMR Zon Sentul 2010 (Bimbingan Kaunseling)


TARIKH: 8.7.2010

HARI : KHAMIS

MASA : 8.00-1.00pm

TEMPAT : SMK Kepong Baru

KUMPULAN SASARAN: 92 orang pelajar tingkatan 4 dari SM Zon Sentul

TAJUK:

Stress Management ( Pn. Koay),

Kemahiran Belajar ( Pn. Azizah),

Pengurusan Masa ( Pn. Khoo)

OBJEKTIF : Menguasai Teknik Pengurusan Stress


AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Pelajar membuat aktiviti ’warming up’ dengan bergerak mengikut irama yang dimainkan dengan tujuan pelajar relaks sebelum mula seminar. Penceramah mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan topik yang akan disampaikan. Kemudian pelajar melihat 'slide show' yang menerangkan pengertian stres, tanda-tanda stres, kesan-kesan stres dan cara yang sihat dan tidak sihat dalam menangani stres. Pelajar juga perlu menyenaraikan stres yang dihadapinya tahun lepas dan tahun ini di dalam kertas yang disediakan. Pelajar juga dikehendaki menjawab secara lisan bagaimana mereka menangani stres mereka.

PENCAPAIAN:

Pelajar dapat menunjukkan bahawa mereka memang menghadapi stres melalui senarai yang dicatatkan dalam kertas mereka dan mereka dapat membezakan cara yang sihat dengan cara yang tidak sihat dalam menangani stres. Pelajar juga sedar bahawa kesan negatif yang akan wujud jika stres tidak ditangani. Pelajar tidak dapat membuat aktiviti relaks pada sesi akhir ceramah kerana masa yang diperuntukkan hanya satu setengah jam sahaja.

Disediakan oleh : Puan Josephine Koay Nyook Moy (SMK Sinar Bintang)