Wednesday, March 31, 2010

Koleksi Modul & Bahan Gc Jpwpkl Untuk Spm

TEMPOH MASA : Januari hingga Mac

PENYELARAS : Pn Gian Kaur a/p Harjit Singh


LAPORAN RINGKAS PROGRAM:

Bermatlamat meningkatkan mutu pengajaran guru-guru Sejarah dan penguasaan asas murid terhadap mata pelajaran Sejarah, maka pihak GC telah mengambil kata putus untuk menyediakan pelbagai bentuk bahan yang boleh digunakan guru semasa P&P. Sasarannya ialah 100% guru Sejarah JPWPKL menggunakan modul pembelajaran SPM di sekolah masing-masing dan ada di antara koleksi ini mampu akses melalui blog MGC Sejarah.

Secara umum, bahan-bahan yang disediakan termasuklah Bahan CD Koleksi Video Induksi Set, Modul Gerak Tingkatan 5 Soalan dan Jawapan, Modul Gerak Tingkatan 4 Soalan dan Jawapan, Modul Eksplorasi Tingkatan 5 Fokus SPM dan Modul Eksplorasi Tingkatan 4 Fokus SPM serta bahan-bahan lain juga akan menyusul kemudiannya.

Bahan-bahan ini diharapkan diguna secara maksima oleh guru-guru dan memperlihatkan perubahan prestasi yang baik dan impaknya jelas kepada semua murid di sekolah masing-masing.

Pihak MGC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPWPKL, PPD Bangsar-Pudu dan PPD Sentul-Keramat kerana menjadi penaung aktif serta kerjasama membanggakan yang akhirnya menjayakan projek ini.