Monday, August 30, 2010

Kursus Pembinaan Item Bahasa Inggeris



Date: 25 & 26 Ogos, 2010

Place: PPD Zon Bangsar – Pudu

Time: 8 – 4 ptg


Target Group: 35 Guru Cemerlang dan 10 Guru Sumber Utama

PPD Zon Bangsar – Pudu / Keramat - Sentul

Objective:

i. Membina Jadual Penentuan Ujian dengan lebih baik

ii. Menjelaskan langkah-langkah penyediaan item ujian

iii. Membina item ujian objektif

iv. Membina item ujian subjektif

vi. Membina kurikulum dengan baik dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar

Summary of Activities:

i. Jadual Penentuan Ujian (JPU)

a. Langkah-langkah pembinaan JPU

b. Kepentingan JPU

c. Conyoh-contoh JPU

ii. Langkah Am Penyediaan Item Ujian

iii. Pembinaa Item Objektif

a. Pembinaan item beraneka pilihan

b. Pembinaan item betul-salah

c. Pembinaan item mengisi ruang kosong d. Pembinaan item padanan

iv. Pembinaan Item Subjektif

a. Prinsip am penyediaan item subjektif

b. Kata tugas item subjektif

c. Pembinaan item esei berjawapan pendek

d. Pembinaa item esei berjawapan terbuka

e. Kelebihan dan kekangan antara jenis item ujian.

v. Jenis dan fungsi soalan

vi. Taksonomi dan aras pembelajaran

vii. Kesahihan dan penilaian



Sunday, August 29, 2010

Program Peningkatan PRS Zon Sentul


Tarikh: 29.7.2010
Masa: 10.30 - 11.30 am

Kumpulan Sasaran : 92 orang pelajar tingkatan 4 dari SM Zon Sentul
Objektif: Menguasai Nilai Murni dan Meningkatkan Imej Positif Diri seorang PRS.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Pelajar membuat aktiviti ikatan seramai 8 orang satu kumpulan. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan diasingkan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan penuh keselesaan. Pelajar memegang tangan kawan dan tangan mereka akan bersilang dan mereka perlu membuka ikatan tanpa melepaskan tangan mereka. Kumpulan yang mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni yang positif dapat membuka ikatan tersebut dalam masa yang cepat. Ketua kumpulan dijemput membuat rumusan tentang kejayaan atau kegagalan kumpulan mereka dalam menjalankan aktiviti tersebut pada akhir aktiviti tersebut. Selepas aktiviti Pn Khoo menerangkan image positif seorang PRS dan Pn Azizah menunjukkan ciri-ciri image PRS melalui power point.


PENCAPAIAN

Nilai-nilai murni dan imej PRS dapat diperhatikan dalam aktiviti yang dijalankan seperti nilai kesabaran, kerjasama, tolenrasi, berfikir sebelum bertindak, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan arahan ketua yang jelas. Terdapat juga kumpulan yang kurang berkomunikasi, bertindak tanpa merancang strategik tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dalam aktiviti membuka ikatan mereka. Pelajar dapat melihat kelemahan dan kekuatan mereka melalui aktiviti tersebut.


Disediakan oleh: Puan Josephine Koay Nyook Moy (SMK Sinar Bintang)

Saturday, August 21, 2010

Program Ambang PMR dan SPM (Bahasa Inggeris)

Place: Bangsar Pudu District Education Office

Date: 16 – 19 August 2010

Target Group: PMR and SPM students of selected schools

Objective:

  1. To improve the competency levels of the above students in English Language.
  2. To familiarize students with the format of the exam papers so as to prepare them for the exams.
  3. To work on test areas that require most attention.

Summary of Activities:

  1. Teachers, in pairs, were assigned schools where they held parallel sessions guiding students in areas that required immediate attention.
  2. Teachers guided, advised and worked with students to help improve their competencies in the language so that test marks would improve.
  3. The schools were selected based on the 2009 results and with the kind permission of the heads of schools.

Achievement

  1. The final evaluation of this project showed that it was immensely successful.
  2. Students were very comfortable with ‘fresh’ faces and have specifically requested for the course to be repeated.
  3. School heads were truly grateful and congratulated the sincere efforts of the Resource and Master teachers.

Friday, August 20, 2010

Aktiviti GC Bimbingan Kaunseling


LAPORAN AKTIVITI GC BIMBINGAN & KAUNSELING


Oleh : Puan Azizah Musa

Aktiviti Mata pelajaran Pendidikan Khas

Laporan oleh Pengerusi Mata pelajaran Pendidikan Khas.

1. Kursus Teknik menjawab soalan bagi [peperiksaan UPSAR telah dijalankan di SKPK (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas )Jalan Peel (Bermasalah Pendengaran)

2. Kursus Pendedahan Pendidikan Khas untuk guru-guru baru Pendidikan Khas, dari Zon Tengah (Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan KL) telah dijalankan

Pada : 19, 20 dan 21 Julai 2010
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Shah Alam
Anjuran : Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Pembinaan transformasi Kurikulum Pendidikan Khas ,bersama Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Khas,KPM ,Putrajaya , sepanjang 2009.

4. Pembentangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas ,kepada guru-guru Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Tarikh : 21, 22 dan 27 September 2010
Tempat : Auditorium Tab Sri Rafie ,JPN Kuala Lumpur
Anjuran : Unit Pendidikan Khas, JPN Kuala Lumpur

Oleh :
Datin Zahrah Bt Abdullah

Program MBI Ambang SPM 2010

Tarikh: 19 Ogos 2010

Tempat: SMK Seri Mulia, Kuala Lumpur

Masa: 8.00 – 12.00

Kumpulan Sasaran: 72 orang pelajar HALUS

Objektif: Mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris SPM

Penceramah: Pn Sasi Kala a/p K. M. Nair
Pn Jugdeep Kaur a/p Lachman Singh


Aktiviti yang dijalankan:
• Pendedahan kepada teknik penulisan Kertas 1
- Directed Writing
- Continuous Writing
• Pendedahan kepada teknik-teknik menjawab soalan Kertas 2
- Section B - Information Transfer
- Section C - Reading Comprehension & Summary

Pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Dalam sessi 1, kumpulan 1 didedahkan kepada kertas 1 manakala kumpulan 2 didedahkan kepada kertas 2. Dalam sessi 2, kumpulan 1 didedahkah kepada kertas 2 dan kumpulan 2 kepada kertas 1.

Pencapaian : Pelajar amat berpuas hati dengan sesi yang diadakan dan menyatakan mereka lebih yakin menghadapi peperiksaan SPM.

Monday, August 16, 2010

Seminar Kecemerlangan Biologi SPM 2010

Seminar Kecemerlangan Biologi SPM ini telah diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH : 22 JULAI 2010 (KHAMIS)

MASA: 8.00 pagi – 4.00 petang

TEMPAT: Dewan SMK Victoria

KUMPULAN SASARAN:

160 pelajar dari 42 buah sekolah semua zon pencapaian Gred Purata lebih 5 dalam SPM 2009

LAPORAN PERJALANAN SEMINAR:

Pengisian seminar adalah pendedahan kepada pelajar Teknik menjawab Kertas 2 Biologi yang dikendalikan oleh Pn Chan dan Pn Hasnani, manakala Teknik menjawab Kertas 3 dikendalikan oleh Pn Nik rahayu dan Pn Tuan Normah. Kesemua adalah Guru Cemerlang Biologi.

Maklumbalas dari pelajar menunjukkan bahawa seminar seperti ini masih diperlukan pada masa akan datang tetapi dengan kumpulan sasaran yang berbeza dan melibatkan lebih ramai pelajar. Tempoh masa seminar didapati tidak mencukupi dan perlu dijadikan selama dua hari supaya ianya lebih berkesan.

Secara amnya, maklum balas menunjukkan masih ramai pelajar yang memerlukan bimbingan teknik menjawab soalan SPM. Ada juga yang memerlukan kursus-kursus seperti teknik belajar Biologi berkesan.

Kursus Peningkatan Pedagogi Biologi 2010

KURSUS PENINGKATAN PEDAGOGI GURU GURU BIOLOGI 2010

TARIKH : 22 JULAI 2010 (KHAMIS)

MASA: 8.00 pagi – 4.00 petang

TEMPAT: PPD Bangsar/ Pudu

KUMPULAN SASARAN:

42 orang guru-guru baru Biologi yang mengajar kurang dari 3 tahun dari 42 buah sekolah yang pencapaian Gred Purata lebih 5 dalam SPM 2009

GURU-GURU CEMERLANG BIOLOGI YANG TERLIBAT :


Puan Mahadiah bt Muda, Pn

Siti Marhamah bt Mohd Sarmaji, Pn

Nik Rahayu bt Nik Mustapa, Pn

Rohizan bt Mahmud, Pn

Chan Chooi Seong, Pn

Hasnani bt Abdul Samad dan Pn

Tuan Norma bt Tuan Yaacob.

Laporan Kursus:

Pengisian kursus kali ini lebih tertumpu kepada penggunaan ICT untuk P&P Biologi yang berkesan. Para peserta dibimbing oleh GC kaedah mengajar berkesan berdasarkan topik-topik popular disoal dalam peperiksaan SPM.


Maklum balas dari peserta menunjukkan bahawa kursus seperti ini diperlukan lagi pada masa akan datang. Ini bertujuan memantapkan lagi pengetahuan guru-guru Biologi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian Biologi dalam peperiksaan SPM.

Kursus sebegini juga boleh diadakan dalam beberapa siri sepanjang tahun dengan perancangan pengisian yang merangkumi pelbagai pendekatan dan dengan pilihan sasaran guru yang tepat.

Secara amnya, maklum balas menunjukkan masih ramai guru Biologi yang memerlukan bimbingan dari kalangan guru-guru Biologi berpengalaman atau daripada Guru-guru Cemerlang dalam usaha memperbaiki mutu pengendalian P&P mereka di bilik darjah.




Seminar Kecemerlangan Pengajian Am STPM

Tarikh : 3 Ogos 2010 (Selasa)

Tempat : SMK Tinggi Setapak

Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Penganjur : JPNWPKL

Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 6 Atas (103 peserta)

Guru Cemerlang Pengajian Am, Pn Leela Devi (penceramah) dan En. Halim (tuan rumah)terlibat dalam pengendalian seminar ini bersama dengan guru-guru sumber Pengajian Am yang lain. Seminar ini bertujuan untuk membimbing pelajar tingkatan Enam Atas dalam teknik menjawab kertas 2 Pengajian Am dengan sempurna dan meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian prestasi mereka. Bahan-bahan edaran yang relevan telah diedarkan untuk mewujudkan penglibatan dua hala yang aktif.













Friday, August 6, 2010

Kursus Kajian Tindakan

Tarikh : 5 Ogos 2010

Tempat : PPD Sentul

Laporan Ringkas :

Penceramah yang bertanggungjawab dalam menjayakan kursus tersebut ialah Puan Leela Devi A/P Balakrisnan. Beliau merupakan seorang Jurulatih Utama(JU) kajian tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan. Seramai 46 orang Guru Cemerlang telah menghadiri kursus tersebut.

Antara objektif Kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para Guru Cemerlang tentang prosedur atau pelaksanaan sesuatu kajian tindakan. Selain itu, kursus ini juga diharap dapat memberi bimbingan kepada Guru Cemerlang untuk membuat kajian tindakan yang betul dan ilmu tersebut diharap dapat dikongsi bersama rakan guru yang lain di sekolah masing-masing. Objektif yang ketiga ialah diharapkan dengan penganjuran kursus kajian tindakan ini dapat menyemai sifat sebagai penyelidik dalam kalangan guru cemerlang.

Kursus tersebut telah berjalan dengan lancarnya dan kebanyakan guru yang hadir melahirkan rasa terima kasih kerana kesanggupan Majlis Guru Cemerlang Zon Sentul untuk menganjurkan kursus seumpama itu. Diharap majlis perkongsian ilmu seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.




















Program Peningkatan Prestasi Matematik Pelajar Matematik Tingkatan Lima 2010

Tarikh : 5 Ogos 2010.

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang.

Tempat : Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWP

Kumpulan Sasaran:

Pelajar tingkatan 5 di semua sekolah Kuala Lumpur yang prestasi matematik peringkat SPM, peratus lulus di bawah 70 %. Sebuah sekolah diwakili oleh empat orang pelajar.


Objektif

    • Mendedahkan teknik menjawab soalan Matematik SPM Kertas 2 yang ringkas, tepat dan cepat.
    • Meningkatkan kualiti jawapan pelajar.
    • Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab dengan cemerlang bagi Matematik Kertas 2 SPM.

Pelaksanaan Program:

Program dijalankan dalam bentuk ceramah dan bengkel. Topik – topik yang dipilih adalah topik yang kurang dikuasai dan dijawab oleh pelajar semasa peperiksaan. Program dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Guru Cemerlang yang terlibat ialah Pn.Raimah bt Rani, Pn.Norliza bt Mufti, Pn.Kalsom bt Parman, Pn.Rafidah bt Ramli dan Pn.Anis Sabarina bt Abu Bakar.

Laporan keseluruhan:

Seramai168 orang pelajar Tingkatan 5 daripada 42 buah sekolah terpilih yang dijemput telah hadir. Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkesan. Fasilitator telah membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan individu dengan cemerlang.

Sesi ceramah berjalan dengan aktif serta diiringi dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan penceramah.



Disediakan oleh,

(Kalthom binti Parman)

Guru Cemerlang Matematik

SM Sains Selangor, Kuala Lumpur.

Thursday, August 5, 2010

Seminar Kecemerlangan Bahasa Malaysia STPM

Seminar Bahasa Malaysia STPM peringkat JPWP telah diadakan pada 22 Julai 2010 bertempat di Dewan SMK Datok Lokman, Kg Pandan bermula jam 8.00 -4.00 petang. Jumlah sekolah yang mengambil bahagian ialah 28 buah sekolah. Setiap sekolah dikehendaki menghantar 4 org pelajar yang mendapat markah CGPA 2 utk kertas BM. Seramai lebih kurang 140 org pelajar yang hadir walaupun bilangan pada peringkat awal dihadkan kpd 4 org setiap sekolah. Seramai 4 org guru sumber BM turut memberi ceramah yang diketuai oleh Pn Noriah Harun selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia tingkatan enam.



Wednesday, August 4, 2010

AJK Induk MGCKL 2010-2012


MAJLIS GURU CEMERLANG WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

2010-2012

PENAUNG : Tn Hj Mohd Adenan b Deraman

PENASIHAT: Pn Rohana bt Ismail

PENASIHAT: Cik Hjh Nik Ramas bt Nik Wan

PENYELARAS (JPN) : Datin Azah bt Ismail

PENYELARAS (JNJK): Cik Rolah bt Zakaria








Mesyuarat AJK Induk Ke-2

Salam & Selamat sejahtera,
Semua AJK Induk GCKL

Satu mesyuarat AJK Induk kali Ke-2 akan diadakan mengikut butiran yang berikut :

Tarikh: 19 Ogos 2010 (KHAMIS)

Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang

Tempat: BTPN Bandar Sri Permaisuri

Antara agenda mesyuarat:

1. Persidangan MGCM

2. Pembentangan program Persidangan GCKL- Pn. Vasantha Mallar

3. Pembentangan Seminar SPM Pn. Ding Hong Eng

4. Laporan pengerusi mata pelajaran

5. Penggunaan Life book oleh En. Tan kar Seng

Harap maklum.

Terima Kasih

Setiausaha GCKL

Seminar Kecemerlangan PMR Anjuran Bersama JPNWP dan Masjid Wilayah WP

Tarikh: 3 Ogos 2010

Tempat: Dewan Ceramah, Masjid Wilayah Persekutuan

Masa: 11.00-1.00 pm

Penceramah : 1. Pn. Heriana Md Salleh (Kumpulan Cemerlang)

2. Pn Razidah Ibrahim (Kumpulan Harlus)

Kumpulan Sasaran: Kumpulan Cemerlang dan Kumpulan Harlus (Harapan Lulus)

Objektif: 1. Memberikan teknik-teknik menjawab soalan kertas 2: Bahasa Inggeris

PMR

2. Memberikan pendedahan kepada teknik menjawab secara berkumpulan

dan individu

Aktiviti yang dijalankan:

1. Ucapan pengenalan oleh penceramah mengenai format kertas 2: Bahasa

Inggeris PMR

2. Penerangan teknik menjawab mengikut bahagian-bahagian kertas

soalan tersebut: Section A:Directed Writing

Section B: Summary

Section C: Novel Response

3. Perbengkelan dalam kumpulan masing-masing untuk mencuba

menjawab soalan-soalan contoh yang diberikan dengan berpandukan

teknik menjawab ynag telah diterangkan.


Pencapaian: Secara keseluruhan, pelajar-pelajar telah memberikan respon yang positif dan amat berminat dengan nota yang telah dibekalkan kepada mereka.

Seminar Teknik Menjawab Soalan Untuk Pelajar Pengajian Am 900

Tarikh: 3 Ogos 2010 (Selasa)

Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak

Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Kumpulan Sasaran: Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Peringkat Negeri WPKL

Objektif:

1. Mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan bagi kedua-dua kertas.

2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar.

3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan-soalan Pengajian AM 900 terutamanya menjelang peperiksaan


Aktiviti yang dijalankan:

7.00 pagi - Pendaftaran

8.00 pagi - Kertas 1 (Penceramah: Pn. Lin Ee Lan dari SMK Seri Sentosa)

8.45 pagi - Kertas 2 (Bahagian A dan B) (Penceramah: Pn. Azizah Sukor dari SMK Cochrane)

9.30 pagi - Kertas 2 (Bahagian C)

(Penceramah: Pn. Norhasmah Hassan dari SMK Tmn Tun Dr. Ismail)

11.00 pagi - Kertas 2 (Bahagian D)

(Penceramah: Pn. Leela Devi Balakrishnan dari SMK Chong Hwa)

Huraian ringkas

Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik-teknik menjawab kertas-kertas Pengajian Am dengan sempurna. Para pelajar menumpukan perhatian mereka dengan penuh teliti kepada segala arahan serta nasihat yang diberi oleh para penceramah yang berpengalaman luas di dalam mata pelajaran ini.

Pencapaian

Seminar ini berjaya membuka mata para pelajar kepada teknik-teknik mendapat keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran Pengajian Am STPM.



Dilapor oleh,

(ISAAC J. VICTOR)

SMK Jinjang