Thursday, March 31, 2011

Seminar Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 2 STPM

Tarikh : 31 Mac 2011

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

Tempat : Dewan SMK Wangsa Melawati, KL

Kumpulan Sasaran:

Seramai lebih kurang 30 orang pelajar yang mengambil kertas Bahasa Malaysia STPM telah terlibat dalam seminar ini yang terdiri daripada pelajar dari SMK Wangsa Melawati, SMK Taman Melati dan SMK Desa Tun Hussein Onn.

Laporan Perjalanan Bengkel:

SMK Wangsa Melawati telah mengambil inisiatif dengan mengumpulkan pelajar yang mengambil Bahasa Malaysia dari sekolah SMK Taman Melati dan SMK Desa Tun Hussein Onn untuk bersama-sama menghadiri seminar teknik menjawab soalan BM 2. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Noriah Harun selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia yang mengajar kertas 2 Bahasa Malaysia. Pelbagai teknik menjawab soalan telah disampaikan oleh beliau agar pelajar dapat menjawab soalan yang diberi dengan tepat dan menepati kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia.




Wednesday, March 16, 2011

Laporan Mesyuarat GC Zon Sentul

Tarikh : 10 Mac 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PPD Zon Sentul

Laporan :

Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Pn Leela Devi selaku Ketua GC Zon Sentul.
Mesyuarat diserikan dengan kehadiran Pn Suzana Pegawai PPD Bahagian Akademik. Puan Suzana menyarankan agar GC Sentul sentiasa bergerak aktif meningkatkan prestasi pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid. GC juga diharap dapat membantu PPD Zon Sentul dalam aktiviti-aktiviti zon.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan, kolokium dan konvensyen GC 2011, bahan rujukan GC dan blog GCWPKL.

Mesyuarat diteruskan dengan penerangan tentang blog dan yahoo group GCWPKL oleh Cik Johana Muhammad. Diikuti oleh Pn Azizah Musa dengan pembentangan 'Bagaimana Membina Kertas Cadangan yang Baik'. Slot ini menjelaskan dengan terperinci format dan kandungan kertas cadangan.

Slot terakhir ialah perbincangan tentang pelan tindakan 2011 mengikut matapelajaran masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 ptg.






Disediakan oleh:
Johana

Saturday, March 12, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN PEPERIKSAAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) SPM TAHUN 2011

TARIKH: 9 – 11 MAC 2011

TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA , GENTING.

ANJURAN : SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN, JPNWP


Selaku Ketua Pentaksir Negeri ULBS Bahasa Melayu 2011 Bersama-Sama Empat Ketua Pentaksir Kawasan Menyediakan Kelompok Petugas ULBS 2011 Dan Aktiviti ULBS Bahasa Melayu Bagi Tahun 2011


Ruslina Rahmat 2011

Wednesday, March 9, 2011

Bengkel Membina item Bahasa Malaysia STPM

Tarikh : 3, 4 & 8 Mac 2011

Masa : 8.00 – 4.00 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Keramat

Kumpulan Sasaran

Seramai lapan orang guru sumber Bahasa Malaysia telah terlibat dalam bengkel ini yang diketuai oleh Pn Noriah Harun selaku guru cemerlang untuk tingkatan 6 (Prauniversiti).

Laporan Perjalanan Bengkel.

Bengkel penggubalan item ini melibatkan kedua-dua kertas Bahasa Malaysia STPM, iaitu kertas 1 dan kertas 2. Sebanyak dua set soalan telah disediakan, iaitu soalan untuk Penggal pertama dan soalan percubaan STPM. Bengkel ini telah dijalankan selama tiga hari.




Mesyuarat GC Zon Sentul dan Zon Keramat

Mesyuarat Guru Cemerlang Zon Sentul 1/2011


Salam sejahtera rakan-rakan GC sekalian

Mesyuarat GC Zon Sentul akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 10 Mac 2011
Tempat: PPW Sentul
Masa: 8.30 pagi

Harap semua GC berkenaan telah terima surat. Kehadiran diwajibkan.

Kutipan yuran, penjualan diary dan buku Strategi Pengajaran GC yang terkini akan dibuat. Sila bawa bersama pelan strategik mata pelajaran masing-masing untuk perbincangan dan perancangan pelaksanaanya dengan kerjasama PPW.

Jumpa lagi pada 10 Mac

Terima Kasih

Ketua Zon sentul
Leela Devi

Mesyuarat Guru Cemerlang Zon Keramat 1/2011


Salam sejahtera,

Harap semua GC sudah terima surat panggilan untuk mesyuarat seperti butiran berikut

Tarikh: 24 Mac (Khamis)
Tempat: Bilik Mesyuarat Seri Keramat, PPW Keramat, Jln Kuantan
Pendaftaran: 1.00 ptg
Masa Mesyuarat : 2.00 - 4.30 ptg.


Kutipan yuran (RM60) dan jualan buku "Selamat pagi, cikgu" akan dijalankan pada hari itu. Sila bawa bersama pelan strategik mata pelajaran masing-masing untuk perbincangan dan perancangan pelaksanaanya bersama PPW Keramat.

Sila emel saya (tkseng05@gmail.com) jika tidak dapat hadir.

Sekian. Terima kasih.

Ketua Zon Keramat
Tan Kar seng