Wednesday, July 20, 2011

Abstrak Kertas Kerja 'Kolokium Profesionalisme Guru Cemerlang 2011'


IELB’ TECHNIQUE IN THE TEACHING OF SUMMARY

Heriana Md. Salleh - SMK Convent Jalan Peel

The action research was carried out to assist the students in enhancing their summary writing skill for the summary question in section B of paper 1 PMR English. There were 6 students involved. Through the observation, it was seen that students were having difficullty in identifying the relevant main points and to link them within the word limit. Thus this research focuses on enhancing the students’ skills of identifying the main points in the summary text and writing out the main points identified within the word limit. Five lessons were carried out by using the ’IELB’ (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique. The data were gathered and analysed through their class work and school tests. The students showed their understanding in using the IELB (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique. The results of the post test has shown some improvement in the students’ achievement. Some students were reluctant to use the ’grid box’however, it has helped a few of the students to easily control the word limit when writing the summary. Therefore the IELB (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique should be taught to the students so that they are more guided when answering the summary question in section B of paper 1 PMR English.


PREZI DALAM P&P FIZIK

Tan Kar Seng - SMK Puteri Wilayah

Guru sebagai golongan pendidik sentiasa mencari sesuatu cara menyampaikan maklumat atau konsep dengan cekap dan berkesan. Maklumat boleh disampaikan melalui perkataan, rajah, gambar foto atau pun dalam bentuk peta konsep. Antara cara terkini adalah melalui sesuatu perisian yang dipanggil Prezi. Kertas ini bertujuan memperkenalkan perisian ini dan bagaimana ia boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) mata pelajaran Fizik.



SATU ALAT BANTU UNTUK MENENTUKAN IMEJ SUATU TITIK DALAM PUTARAN

Latifah bt. Hj. Arshad - SMK Sentul Utama

Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi masalah murid tingkatan 5 dalam menentukan imej suatu titik di bawah putaran. Seramai 26 orang pelajar dari tingkatan 5 Dahlia yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja bertulis murid, analisis kertas peperiksaan akhir tahun serta ujian bulanan, temu bual dan diikuti dengan ujian-pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menentukan titik imej di bawah suatu putaran disebabkan mereka tidak tahu menentukan titik objek dan pusat putaran. Mereka juga tidak tahu saiz sudut 90ยบ dan diikuti dengan arah putaran sama ada arah ikut jam atau arah lawan jam. Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid untuk menentukan imej suatu titik atau objek di bawah suatu putaran. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran (35 – 40 minit) telah dijalankan selama 2 minggu dan murid telah didedahkan dengan penggunaan alat bantu “PUP“ ( Protektor Untuk Putaran). Alat bantu ini direka khas untuk membantu pelajar menentukan titik imej di bawah suatu putaran. Keputusan dalam ujian pos 1 dan pos 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid merasa seronok dan dapat mengingat langkah-langkah untuk mencari suatu imej atau objek di bawah suatu putaran.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN SOALAN YANG MELIBATKAN SEL KIMIA DENGAN MENGGUNAKAN Teknik ‘Ne-Patterns’

Lee Saw Im - SMK Seri Bintang Utara

Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan teknik Ne-Patterns dalam meningkatkan pencapaian murid Tingkatan 5 dalam menjawab soalan-soalan berkaitan dengan sel kimia. Kajian ini melibatkan 32 orang murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian intervensi dan temu bual dengan 18 orang murid. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid tidak dapat membina sel kimia dan menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan sel kimia. Instrumen keputusan kajian terdiri daripada ujian-ujian pra dan pos dan soal-selidik. Perancangan tindakan ini difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan sel kimia melalui teknik Ne-Partterns. Murid-murid telah didedahkan kepada teknik Ne-Patterns selama 20 minit dan kajian ini diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian telah menunjukkan bahawa 79.4% murid menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Soal selidik juga menunjukkan 31 orang iaitu 91.2% murid lebih memahami, mudah mengingat, mahir menganalisis dan seronok dalam menjawab soalan tentang sel kimia melalui teknik Ne-Patterns.


PENGGUNAAN BLOG DALAM P&P BIOLOGI

Mahadiah Bt Muda - SM Sains Seri Puteri

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan blog adalah suatu alternative menarik kerana ia bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran secara formal, tetapi boleh juga dijalankan setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang terdapat kemudahan ICT. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah ini dapat menambah minat pelajar kepada mata pelajaran biologi. Pelajar seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambarfoto. Disamping itu juga mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan melalui blog. Pelajar juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat tambahan mata pelajaran Biologi.

Monday, July 18, 2011

SEMINAR KECEMERLANGAN BAHASA MALAYSIA STPM

Tarikh : 18 Julai 2011

Masa : 8.00 – 1.00 petang

Tempat : Dewan SMK Victoria, KL

Penganjur : JPNWP

Objektif Am :

i) memberi pendedahan kepada pelajar Prauniversiti yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia tentang skop soalan peperiksaan

Objektif Khusus:

i) pelajar berkeyakinan untuk menjawb soalan peperiksaan STPM yang merangkumi kertas1 dan kertas 2.

Kumpulan Sasaran : 120 orang pelajar Prauniversiti

Laporan Perjalanan Bengkel:

Seminar ini dihadiri oleh 120 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam pepeiksaan STPM. Peserta seminar ini terdiri daripada pelajar harapan (mendapat markah BM di bawah 40 markah) yang bersekolah di Kuala Lumpur. Seminar ini dikendalikan oleh empat orang guru sumber Bahasa Malaysia Tingkatan 6 yang diketuai oleh Pn Noriah Harun (karangan dan alih bentuk teks) selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia STPM. Guru-guru yang terlibat ialah Pn Noor Sham Abdul Hamit (Pemahaman dan rumusan), Pn Roslina Abu (analisis kesalahan bahasa) dan Pn Rokiah Abas (Kertas 1 dan Tatabahasa).

GAMBAR SEKITAR SEMINAR KECEMERLANGAN BM STPM 2011

Puan Noriah Harun menyampaikan ceramah

Para peserta seminar sedang mendengar ceramah

Saturday, July 16, 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Biologi dan Kimia

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Biologi dan Kimia telah diadakan seperti berikut :

TARIKH : 16 JUN 2011
MASA: 8.00 pagi – 4.00 petang
TEMPAT: JPWPKL

Semua GC Biologi dan Kimia terlibat dalam mengendalikan kursus ini.

PELAKSANAAN PROGRAM

  1. Ceramah Pengintegrasian ICT dalam P&P oleh Dr Rohaida bt Mohd Saad daripada Universiti Malaya
  2. Ceramah Membina Item berkualiti oleh Pn Wan Zakiah daripada IAB.
  3. Ceramah Teknik menanda Kertas 3 Biologi / Ceramah P&P berkesan Kimia
MAKLUM BALAS DARI PESERTA:

Kesemua (100% peserta) setuju bahawa pengurusan kursus dan urusetia telah dijalankan dengan teratur dan banyak membantu.

Kesemua (100% peserta) setuju bahawa lokasi kursus, dewan adalah selesa, dan kualiti makanan adalah baik dan berkualiti.

Kesemua (100% peserta) setuju bahawa tempoh masa kursus perlu ditambah dan kursus sebegini memantapkan lagi kerja mereka. Mereka juga bersetuju dan bersedia untuk memberi kursus dalaman.

Peserta mencadangkan kursus pendedahan kepada format SPM dibuat lagi untuk memantapkan pengetahuan guru.

Peserta bersetuju bahawa kursus ini telah menekankan kepada beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi/ Kimia

Secara umumnya, 100% setuju tajuk ceramah sesuai dengan keperluan tugas mereka.

100% setuju bahawa isi kandungan ceramah berjaya meningkatkan percambahan ilmu, meningkatkan kemahiran dan membolehkan mereka mengamalkannya dalam tugas seharian.

100% peserta sangat setuju/setuju bahawa penyampaian semua penceramah adalah amat memberangsangkan, bahasa yang digunakan mudah difahami, interaksi penceramah adalah sesuai dan jelas, penceramah bersifat bersedia, yakin dan terbuka.

100% peserta sangat setuju/setuju bahawa penampilan penceramah adalah sesuai dan profesional, menepati masa dan menggunakan masa secara optimum.

Kesimpulan:

Kursus yang menggabungkan guru-guru Biologi dan guru-guru Kimia telah membuka ruang dan peluang kerjasama yang erat antara dua mata pelajaran dan diharap dapat mempertingkatkan mutu profesionalisme keguruan.
Kaunter pendaftaran Biologi


Kaunter Pendaftaran Kimia yang lebih meriah

Pn Siti Fatimah Noor (GC Bio) - Pengacara Majlis



En Amran (GC Kimia) - membaca doa

Peserta dari kalangan guru-guru Kimia

Peserta dari kalangan guru-guru Biologi

Pn Hajah Azizah (KPP Unit Akademik), Pn Mahadiah, Prof Madya Dr Rohaida, Pn Kamariah
Dr Rohaida berkongsi tentang Integrasi ICT dalam P&P

Puan Wan Zakiah dari IAB- Pembinaan Item Berkualiti

Penyampaian cenderahati untuk penceramah oleh Pn Hjh Azizah.

Terima kasih kepada semua GC yang menjayakan majlis ini.

Kecemerlangan berterusan

Mahadiah Muda