Monday, February 21, 2011

Plan Taktikal MGCWPKL 2011





Posted by ZZ - Download

Agenda Mesyuarat MGC PPD

Berikut ialah Agenda Mesyuarat MGCWPKL 1/2011 peringkat PPD

Tarikh - 10 Mac 2011 (Khamis)
Tempat - Akan dimaklumkan oleh Pengerusi Zon masing-masing.




Posted by ZZ - Download

Friday, February 18, 2011

Mesyuarat AJK Induk 1/2011

Mesyuarat AJK Induk Kali Pertama bagi tahun 2011 telah berjaya diadakan seperti berikut :

TARIKH : 17 hb Februari 2011. (Khamis)

MASA: 8.00 pagi - 2.30 ptg

TEMPAT : JPN KUALA LUMPUR

Agenda:

  1. Ucapan aluan pengerusi
  2. Ucapan aluan Penyelaras GC KL
  3. Ucapan aluan JNJK
  4. Pengesahan minit mesyuarat ke-4/2010
  5. Perkara berbangkit
  6. Laporan Pengerusi PPD
  7. Laporan kewangan
  8. Pelan taktikal GCKL 2011
  9. Hal-hal lain
YDP, Pn Masariah bt Mispari dan Penyelaras GC JPNKL Datin Azah bt Ismail
Sebahagian dari AJK Induk GCKL
Memilih batik untuk baju rasmi GCKL &Putrajaya 2011

Perbincangan lebih tertumpu kepada rancangan aktiviti sepanjang tahun dengan menggunakan Pelan Taktikal 2011 sebagai garis panduan. Beberapa aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

  • Kolokium Inovasi P&P Kali Ke 2 pada 23 Julai 2011 bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.
  • Seminar Bersama GC bagi PMR (Pn Asrima Shariff ) dan SPM (Pn Ding Hong Eng ) - Tarikh dan tempat akan ditetapkan kemudian.
  • Perkongsian Kepakaran GC Matapelajaran bersama guru JPNKL/Zon – diadakan pada tarikh-tarikh yang akan ditetapkan.
  • ‘Educational International Trip’ ke Melbourne dijadualkan pada 6hb Jun 2011-Sila hubungi Pn Ding Hong Eng melalui e-mail untuk maklumat lanjut.

Pembahagian tugas mengikut Zon adalah seperti berikut:

  • Zon Keramat : Kebajikan bersama GC
  • Zon Sentul : Blog MGCKL
  • Zon Bangsar : Profesionalisme GC
  • Zon Keramat : Khidmat Komuniti
  • Putrajaya: Pesada Ilmu GC

Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan adalah

  • Batik Rasmi GCKL dan Putrajaya – (Pn Ruslina bt Rahmat)
  • Baju Korporat GC- (Datin Zahrah bt Abdullah)
  • Kad nama GC- (En Tan Kar Seng )

Semua Ketua Zon dipohon agar memilih satu tarikh sebelum 10hb Mac dan tempat di PPD masing-masing untuk menjalankan mesyuarat bersama ahli-ahli di Zon masing-masing.

*Sila rujuk blog dari semasa kesemasa untuk maklumat mesyuarat.

S/u Induk

Pengerusi Mata Pelajaran 2011

MAJLIS GURU CEMERLANG KUALA LUMPUR

PENGERUSI MATAPELAJARAN 2011


Download

AJK Induk MGC Kuala Lunpur dan Putrajaya

AHLI JAWATANKUASA INDUK
MAJLIS GURU CEMERLANG
KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
2011

BENGKEL PENANDAAN UJIAN INTERVENSI BAHASA MALAYSIA SPM SECARA BERPUSAT 2011

TARIKH: 17 Februari 2011 (Selasa)

MASA : 8.00 pagi - 4.00 petang

TEMPAT : BTPN , Kuala Lumpur.

Ruslina Rahmat 2011

Sunday, February 13, 2011

Majlis Pesaraan TKPPM YBhg Dato' Hjh Noor Rezan bt Bapoo Hashim


Majlis pesaraan YBhg Dato' Hjh Noor Rezan bt Bapoo Hashim diadakan secara meriah di Hotel Grand Seasons pada 13 Januari 2011 (Khamis). Sepuluh orang guru cemerlang dari Wilayah persekutuan telah menghadiri majlis ini. Mereka diberi tugasan sebagai AJK Hadiah dan cenderamata. Majlis turut dihadiri oleh pengetua, guru besar, warga Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang. Pelbagai juadah disediakan untuk menjamu selera para tetamu. Ucapan perpisahan YBhg Dato' Hjh Noor Rezan diikuti dengan pemberian cenderamata dan hadiah kenangan oleh jawantkuasa dan sektor-sektor warga pendidikan . AJK hadiah telah menyusun segala hadiah secara teratur mengikut protokol dan menguruskan acara pemberian hadiah dan cenderamata tersebut secara lancar. Acara kemuncak majlis ialah pemotongan kek harijadi oleh beliau diiringi dengan nyanyian lagu 'Happy Birthday'. GC Wilayah persekutuan turut bersalaman dengan YBhg Dato' Hjh Noor Rezan serta membawa semua hadiah dan cenderamata untuk diserahakan kepada beliau. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 5.30 petang.