Wednesday, September 28, 2011

Pengedaran Buku GC

Sukacita dimaklumkan bekalan dua buku terbaru terbitan MGCM telah diterima oleh MGCWP. Buku-buku tersebut telah dihantar kepada Setiausaha MGCWP Pn Mahadiah Muda di SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur. Ini kerana sekolah ini berada di tengah KL dan memudahkan semua pengerusi Zon mengambil stok buku tersebut untuk mula dijual.

MGCWP dibekalkan sebanyak 15o naskhah bagi setiap satu jenis. Semua zon akan diagihkan sebanyak 30 naskhah masing-masing untuk dijual kepada ahli dan juga bukan ahli.

Sila baca surat yang disertakan dan sampel kulit buku-buku tersebut. Resit telah disediakan untuk urusan cukai pendapatan.

Harga buku : Inovasi dan Kreativiti.... RM45.00
Harga buku : Antalogi Cerpen....RM35.00

Setiausaha akan menghubungi semua pengerusi zon dalam minggu ini untuk datang ke sekolah saya dan mengambil stok buku tersebut. Pengerusi zon boleh menghubungi bendahari masing-masing untuk tindakan seterusnya.

Kerjasama semua ahli adalah sangat penting dalam menguruskan penjualan buku-buku ini.

*Penerbitan buku-buku ini adalah merupakan satu strategi untuk memperkenalkan dan meningkatkan maruah GC kepada masyarakat khasnya dalam bidang penulisan.

*Jika kita tidak menyumbang dalam bentuk penulisan, mengapa tidak kita menyumbang dalam bentuk pembelian?








Harap maklum, terima kasih.

'Kecemerlangan berterusan'

MM