Wednesday, May 19, 2010

Teknik Menanda Kertas Sejarah Spm 1249/2

TARIKH / HARI : 18 Mei 2010 (Selasa)

TEMPAT : BTPN

PENYELARAS : Pn Norhayati bt Mat Zain

LAPORAN RINGKAS PROGRAM:

Bermatlamat memberikan kemahiran dan teknik menanda Kertas Sejarah SPM soalan Struktur dan Esei 1249/2 mengikut ciri serta cara terbaik maka adalah disasarkan guru-guru Sejarah lebih 90% daripadanya mampu menanda kertas dengan cekap dan tepat.

Secara umum, perkongsian ilmu ini dihadiri seramai 50 orang guru Zon Bangsar-Pudu dan antara slot yang menjadi nadi program ialah pendedahan Teknik Tanda Kertas 1249/2 terkini.

Bahagian kedua program ialah perbengkelan iaitu guru-guru mengaplikasikan teknik dipelajari dengan cara menanda sendiri skrip jawapan calon yang disediakan. Berdasarkan pencapaian dan komitmen yang ditunjukkanguru-guru maka diyakini bahawa program ini banyak membantu mereka di sekolah nanti seterusnya juga mampu memantapkan lagi P&P di kelas masing-masing.

Pihak MGC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPWPKL, PPD Bangsar-Pudu dan BTPN kerana menjadi penaung aktif serta kerjasama membanggakan yang akhirnya menjayakan program ini.