Sunday, May 1, 2011

Tempahan Batik Rasmi GC KL

Segera Tempahan Batik GC....

Makluman,

GC baru diwajibkan beli, GC yang sudah ada batik rasmi sebelum ini tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk membelinya. Semua tempahan boleh dibuat melalui Bendahari Zon masing-masing sebelum 20 Mei 2011.

Butiran kos adalah seperti di bawah :

1. GC perempuan

  • RM220 untuk 4 meter
  • RM200 untuk 3.5 meter

2. GC lelaki


  • RM140 untuk 2.5 meter

Bayaran pendahuluan sebanyak 50% untuk tempahan. Semua tempahan zon hendaklah dipanjangkan kepada En Tan Kar Seng atau Pn Ruslina.

Terima kasih.



Friday, April 22, 2011

LAPORAN MESYUARAT GC ZON KERAMAT

Tarikh : 24 Mac 2011

Masa : 2.00 petang

Tempat : PPW Keramat

Laporan:

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Tan Kar Seng selaku Ketua GC Zon Keramat.

Mesyuarat juga turut dihadiri oleh En. Mohd Najib b Ab Rahman, Timbalan Pegawai Pelajaran Keramat dan En. Ishak b Ibrahim, PP Teknik, Vokasional dan Kualiti. En Najib telah menerangkan serba sedikit mengenai pengurusan dan pentadbiran PPW Keramat. Beliau mengharapkan mesyuarat GC boleh diadakan secara berkala dan PPW Keramat diberitahu mengenai aktiviti-aktiviti GC yang dijalankan. Beliau juga mengharapkan sumbangan GC akan memberi rangsangan untuk meningkatkan tahap pelajaran. En Ishak b Ibrahim yang mewakili Unit Akademik berperanan menyelaraskan kegiatan GC.

Agenda mesyuarat diteruskan oleh En Tan Kar Seng dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembentangan laporan kewangan, perbincangan Pelan Strategik MGCJPWPKL 2011, Kolokium Inovasi, Persidangan GC 2011, Seminar SPM dan PMR bersama GC dan bahan rujukan GC.

Perkongsian kepakaran GC, Pesada Ilmu GC dan Kebajikan GC juga dibincangkan. Perbincangan mengenai Pelan Tindakan 2011 mengikut matapelajaran juga diadakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

Pn Gurdarshan Kaur

Friday, April 15, 2011

KURSUS EKSPLORASI BERKESAN BAHASA MALAYSIA, TINGKATAN 4 & 5 WILAYAH KERAMAT 2011

TARIKH: 12 – 14 APRIL 2011 (SELASA - KHAMIS)

TEMPAT: HOTEL PUTRA, K.LUMPUR

MASA: 7.30 PAGI – 4.00 PETANG

Guru Cemerlang memberikan contoh power-point yang telah dibina sebelum setiap peserta membina power-point sendiri berdasarkan tajuk-tajuk yang terdapat dalam KOMSAS dan Novel Tingkatan 4.

Ruslina Rahmat 2011