Thursday, May 5, 2011

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Pengajian Am 900

Tarikh : 5 Mei 2011 (Selasa)

Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : SMK Tinggi Setapak

Anjuran : Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan



OBJEKTIF

1. Mendedahkan teknik-teknik Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Am bagi kedua-dua kertas.

2. Meningkatkan prestasi dan kualiti guru dalam pengajaran Pengajian Am.

3. Meningkatkan kemahiran guru dalam mengenal pasti teknik-teknik dan kaedah P & P yang bersesuaian dalam Pengajian Am 900.

SASARAN

Dua orang guru Pra-U6 dari 34 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijemput untuk menyertai program ini. Kehadiran pada hari tersebut adalah 70 orang guru.

PELAKSANAAN PROGRAM

Pn. Norizan bt Daud dari Sektor Pengurusan Akademik, JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memberi taklimat tentang post-mortem prestasi pencapaian sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan dalam mata pelajaran Pengajian Am serta sistem fail yang harus diwujudkan oleh ketua unit.

Seterusnya, guru-guru Pengajian Am dari sekolah-sekolah yang memperoleh pencapaian peperiksaan STPM yang cemerlang dalam Pengajian Am telah berkongsi program-program yang dilaksanakan di sekolah mereka masing-masing.

Selepas kudapan, pencermah jemputanTn Hi Md Lasa Yahya telah memberi penerangan yang terperinci tentang Teknik P & P Pengajian Am terkini untuk kertas 2. Beliau telah membekalkan bahan-bahan yang releven untuk kesemua Bahagian A,B,C,D dan E.







Disediakan oleh

Pn Leela Devi

Guru Cemerlang Pengajian Am.

Sunday, May 1, 2011

Tempahan Batik Rasmi GC KL

Segera Tempahan Batik GC....

Makluman,

GC baru diwajibkan beli, GC yang sudah ada batik rasmi sebelum ini tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk membelinya. Semua tempahan boleh dibuat melalui Bendahari Zon masing-masing sebelum 20 Mei 2011.

Butiran kos adalah seperti di bawah :

1. GC perempuan

  • RM220 untuk 4 meter
  • RM200 untuk 3.5 meter

2. GC lelaki


  • RM140 untuk 2.5 meter

Bayaran pendahuluan sebanyak 50% untuk tempahan. Semua tempahan zon hendaklah dipanjangkan kepada En Tan Kar Seng atau Pn Ruslina.

Terima kasih.



Friday, April 22, 2011

LAPORAN MESYUARAT GC ZON KERAMAT

Tarikh : 24 Mac 2011

Masa : 2.00 petang

Tempat : PPW Keramat

Laporan:

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Tan Kar Seng selaku Ketua GC Zon Keramat.

Mesyuarat juga turut dihadiri oleh En. Mohd Najib b Ab Rahman, Timbalan Pegawai Pelajaran Keramat dan En. Ishak b Ibrahim, PP Teknik, Vokasional dan Kualiti. En Najib telah menerangkan serba sedikit mengenai pengurusan dan pentadbiran PPW Keramat. Beliau mengharapkan mesyuarat GC boleh diadakan secara berkala dan PPW Keramat diberitahu mengenai aktiviti-aktiviti GC yang dijalankan. Beliau juga mengharapkan sumbangan GC akan memberi rangsangan untuk meningkatkan tahap pelajaran. En Ishak b Ibrahim yang mewakili Unit Akademik berperanan menyelaraskan kegiatan GC.

Agenda mesyuarat diteruskan oleh En Tan Kar Seng dengan pengesahan minit mesyuarat yang lepas, pembentangan laporan kewangan, perbincangan Pelan Strategik MGCJPWPKL 2011, Kolokium Inovasi, Persidangan GC 2011, Seminar SPM dan PMR bersama GC dan bahan rujukan GC.

Perkongsian kepakaran GC, Pesada Ilmu GC dan Kebajikan GC juga dibincangkan. Perbincangan mengenai Pelan Tindakan 2011 mengikut matapelajaran juga diadakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:

Pn Gurdarshan Kaur