TARIKH / HARI : 9 Februari 2010 (Selasa)
TEMPAT : Memorial Tun Abdul Razak
PENYELARAS : Pn Norhayati bt Mat Zain
LAPORAN RINGKAS PROGRAM:
Bermatlamat untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P Panitia Sejarah JPWPKL maka perkongsian ilmu ini direalisasikan. Sasaran yang diharapkan ialah 95% Panitia Sejarah sekolah-sekolah JPWPKL menguasai pengurusan P&P dengan cara mudah.
Secara umum, kursus ini mengandungi 3 slot perkongsian iaitu tentang Transformasi P&P, Strategi Cemerlang PMR dan slot Penggunaan Blog . Semua GC hadir sebagai urusetia dan membantu guru-guru yang ada.
Kursus ini juga merupakan agenda terakhir Encik Hadi Taufik bin Hussin, PP Kemanusiaan JPWPKL sebelum bertukar ke PPD Sentul-Keramat. Kehadiran seramai lebih 100 orang KP Sejarah membuktikan bahawa program ini amat diperlukan dalam usaha memantapkan pengurusan Panitia Sejarah di sekolah selain untuk berkongsi ilmu serta mendapatkan pelbagai info terkini yang disampaikan pihak JPWPKL mahupun MGC Sejarah sendiri.
Pihak MGC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPWPKL, PPD Bangsar-Pudu dan PPD Sentul-Keramat kerana menjadi penaung aktif serta kerjasama membanggakan yang akhirnya menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment