Saturday, September 18, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Fizik SPM

Tarikh : 6 & 7 Mei 2010

Tempat : Bilik Mesyuarat Taming Sari, Pejabat Pelajaran Bangsar Pudu

Masa : 7.30 pagi - 4.00 petang

Sasaran : Guru baru kurang tiga tahun pengalaman mengajar

Objektif :

1. Meningkatkan keberkesanan guru Fizik dalam p&p di bilik darjah
2. Mendedahkan kepada kepentingan pembelajaran aktif dan "brain rules"
3. Memberi guru amali mengendalikan alat-alat fizik tertentu
4. Mengadakan jaringan guru fizik melalui blog fizik GCWPKL

Aktiviti yang dijalankan:

Kursus ini dibahagikan kepada dua hari.
Hari pertama adalah untuk guru zon Keramat dan Sentul manakala hari kedua kepada guru zon Pudu dan Bangsar.
Ceramah pertama bertajuk P&P Berkesan melalui Pembelajaran Aktif yang telah disampaikan oleh En. Tan Kar Seng. Ini diikuti dengan Bengkel Pencapaian Berkesan Kertas 2 oleh Pn. Aswati dan Pn. Zalipah.
Kemudian En. Hussaini dab Cik Zulaili berkongsi cara membantu pelajar menjawab kertas 3 SPM.
Di sebelah petang pula, Pn. Ong dan Pn. Tan mengelolakan Amali Berkesan dengan peserta kursus di SMK Methodist Kuala Lumpur.

Pencapaian :

Kursus ini telah berjaya memdedahkan guru kepada P& P berkesan melalui pembelajaran aktif serta cara membantu pelajar ke arah kecemerlangan fizik. Sambutan terhadap sesi Amalan Berkesan amat menggalakkan. Semua peserta mengambil bahagian secara aktif. Mereka berharap sesi ini diteruskan pada tahun hadapan dengan berfokus kepada masalah mengajar topik sukar dalam fizik.

No comments:

Post a Comment