Thursday, October 27, 2011
Mesyuarat Zon Keramat
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,
Mesyuarat GC zon Keramat akan diadakan seperti butiran berikut
Tarikh: 3 November 2011(Khamis)
Masa: 2.00 - 4.30 petang
Tempat: Bilik Cempaka 1
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Jalan Seri Permaisuri, Bandar Seri Permaisuri
56000 Kuala Lumpur
Semua GC zon Keramat dikehendaki hadir kecuali mereka yang bertugas rasmi. Sila maklum saya jika tidak dapat hadir.
Agenda:
• Ucapan Aluan Pengerusi
• Pengesahan minit mesyuarat
• Perkara berbangkit
• Perancangan Pelan strategik, Pelan taktikal MGCWP 2012
• Perancangan Pelan strategik, Pelan taktikal Pengerusi mata pelajaran 2012
• Laporan data oleh Setiausaha
• Laporan kewangan setiap zon oleh Bendahari
• Penjualan Buku terbitan MGCM terbaru
• Hal-hal lain
• Ucapan penangguhan
Makanan ringan disediakan mulai 1.00 petang.
Sila bawa cukup wang untuk yuran tahunan bagi yang belum bayar dan juga untuk buku antologi cerpen RM35 dan Inovasi dan Kreativiti RM45.00. Harap dapat sokongan membeli buku tersebut.
Semoga semua GC Keramat akan hadir untuk menjayakan mesyuarat terakhir tahun ini.
Pengerusi Zon Keramat:
Mr Tan Kar Seng
Tuesday, October 25, 2011
Wednesday, September 28, 2011
Pengedaran Buku GC
Wednesday, August 31, 2011
Tuesday, August 30, 2011
Thursday, August 25, 2011
Persidangan Kebangsaan MGCM 2011
Sila muat turun Jadual Persidangan di sini.
ZZ
Saturday, August 6, 2011
SALAM RAMADHAN 2011
Semoga ibadah tahun ini diluaskan pintu rezeki dan diterima segala amalan.
Amin
Admin - Joe
Tuesday, August 2, 2011
KOLOKIUM PROFESIONALISME MAJLIS GURU CEMERLANG WILAYAH PERSEKUTUAN 2011
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : SM Sultan Alam Shah, Putrajaya
Tema : Guru Cemerlang Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Dirasmikan oleh: Tuan Haji Mohd Adenan Bin Deraman
Acara :
Mesyuarat Agung MGCKL
Pembentangan Kertas Kerja
Pameran Matapelajaran
Terima kasih kepada semua GC yang hadir dan menjayakan majlis ini.
Mesyuarat Agung MGCWPKL 2011
Ketibaan dif-dif kehormat, Tuan Hj Adenan B. Deraman
Pengarah JPNWP
Ucapan alu-aluan YDP MGCKL Pn. Masariah binti Mispari
Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada AJK Induk MGCKL
Sesi lawatan pameran oleh Pengarah JPNWP
Sesi penggambaran foto Jawatankuasa Induk MGCKL bersama Pengarah
Jurugambar - Encik Shahrulazman Mohamed Nasir
ZZ
Wednesday, July 20, 2011
Abstrak Kertas Kerja 'Kolokium Profesionalisme Guru Cemerlang 2011'
IELB’ TECHNIQUE IN THE TEACHING OF SUMMARY
Heriana Md. Salleh - SMK Convent Jalan Peel
The action research was carried out to assist the students in enhancing their summary writing skill for the summary question in section B of paper 1 PMR English. There were 6 students involved. Through the observation, it was seen that students were having difficullty in identifying the relevant main points and to link them within the word limit. Thus this research focuses on enhancing the students’ skills of identifying the main points in the summary text and writing out the main points identified within the word limit. Five lessons were carried out by using the ’IELB’ (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique. The data were gathered and analysed through their class work and school tests. The students showed their understanding in using the IELB (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique. The results of the post test has shown some improvement in the students’ achievement. Some students were reluctant to use the ’grid box’however, it has helped a few of the students to easily control the word limit when writing the summary. Therefore the IELB (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique should be taught to the students so that they are more guided when answering the summary question in section B of paper 1 PMR English.
PREZI DALAM P&P FIZIK
Tan Kar Seng - SMK Puteri Wilayah
Guru sebagai golongan pendidik sentiasa mencari sesuatu cara menyampaikan maklumat atau konsep dengan cekap dan berkesan. Maklumat boleh disampaikan melalui perkataan, rajah, gambar foto atau pun dalam bentuk peta konsep. Antara cara terkini adalah melalui sesuatu perisian yang dipanggil Prezi. Kertas ini bertujuan memperkenalkan perisian ini dan bagaimana ia boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) mata pelajaran Fizik.
SATU ALAT BANTU UNTUK MENENTUKAN IMEJ SUATU TITIK DALAM PUTARAN
Latifah bt. Hj. Arshad - SMK Sentul Utama
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi masalah murid tingkatan 5 dalam menentukan imej suatu titik di bawah putaran. Seramai 26 orang pelajar dari tingkatan 5 Dahlia yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja bertulis murid, analisis kertas peperiksaan akhir tahun serta ujian bulanan, temu bual dan diikuti dengan ujian-pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menentukan titik imej di bawah suatu putaran disebabkan mereka tidak tahu menentukan titik objek dan pusat putaran. Mereka juga tidak tahu saiz sudut 90ยบ dan diikuti dengan arah putaran sama ada arah ikut jam atau arah lawan jam. Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid untuk menentukan imej suatu titik atau objek di bawah suatu putaran. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran (35 – 40 minit) telah dijalankan selama 2 minggu dan murid telah didedahkan dengan penggunaan alat bantu “PUP“ ( Protektor Untuk Putaran). Alat bantu ini direka khas untuk membantu pelajar menentukan titik imej di bawah suatu putaran. Keputusan dalam ujian pos 1 dan pos 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid merasa seronok dan dapat mengingat langkah-langkah untuk mencari suatu imej atau objek di bawah suatu putaran.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN SOALAN YANG MELIBATKAN SEL KIMIA DENGAN MENGGUNAKAN Teknik ‘Ne-Patterns’
Lee Saw Im - SMK Seri Bintang Utara
Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan teknik Ne-Patterns dalam meningkatkan pencapaian murid Tingkatan 5 dalam menjawab soalan-soalan berkaitan dengan sel kimia. Kajian ini melibatkan 32 orang murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian intervensi dan temu bual dengan 18 orang murid. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid tidak dapat membina sel kimia dan menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan sel kimia. Instrumen keputusan kajian terdiri daripada ujian-ujian pra dan pos dan soal-selidik. Perancangan tindakan ini difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan sel kimia melalui teknik Ne-Partterns. Murid-murid telah didedahkan kepada teknik Ne-Patterns selama 20 minit dan kajian ini diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian telah menunjukkan bahawa 79.4% murid menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Soal selidik juga menunjukkan 31 orang iaitu 91.2% murid lebih memahami, mudah mengingat, mahir menganalisis dan seronok dalam menjawab soalan tentang sel kimia melalui teknik Ne-Patterns.
PENGGUNAAN BLOG DALAM P&P BIOLOGI
Mahadiah Bt Muda - SM Sains Seri Puteri
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan blog adalah suatu alternative menarik kerana ia bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran secara formal, tetapi boleh juga dijalankan setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang terdapat kemudahan ICT. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah ini dapat menambah minat pelajar kepada mata pelajaran biologi. Pelajar seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambarfoto. Disamping itu juga mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan melalui blog. Pelajar juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat tambahan mata pelajaran Biologi.
Monday, July 18, 2011
SEMINAR KECEMERLANGAN BAHASA MALAYSIA STPM
Masa : 8.00 – 1.00 petang
Tempat : Dewan SMK Victoria, KL
Penganjur : JPNWP
Objektif Am :
i) memberi pendedahan kepada pelajar Prauniversiti yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia tentang skop soalan peperiksaan
Objektif Khusus:
i) pelajar berkeyakinan untuk menjawb soalan peperiksaan STPM yang merangkumi kertas1 dan kertas 2.
Kumpulan Sasaran : 120 orang pelajar Prauniversiti
Laporan Perjalanan Bengkel:
Seminar ini dihadiri oleh 120 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam pepeiksaan STPM. Peserta seminar ini terdiri daripada pelajar harapan (mendapat markah BM di bawah 40 markah) yang bersekolah di Kuala Lumpur. Seminar ini dikendalikan oleh empat orang guru sumber Bahasa Malaysia Tingkatan 6 yang diketuai oleh Pn Noriah Harun (karangan dan alih bentuk teks) selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia STPM. Guru-guru yang terlibat ialah Pn Noor Sham Abdul Hamit (Pemahaman dan rumusan), Pn Roslina Abu (analisis kesalahan bahasa) dan Pn Rokiah Abas (Kertas 1 dan Tatabahasa).
GAMBAR SEKITAR SEMINAR KECEMERLANGAN BM STPM 2011
Puan Noriah Harun menyampaikan ceramah
Para peserta seminar sedang mendengar ceramah
Saturday, July 16, 2011
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Biologi dan Kimia
Semua GC Biologi dan Kimia terlibat dalam mengendalikan kursus ini.
- Ceramah Pengintegrasian ICT dalam P&P oleh Dr Rohaida bt Mohd Saad daripada Universiti Malaya
- Ceramah Membina Item berkualiti oleh Pn Wan Zakiah daripada IAB.
- Ceramah Teknik menanda Kertas 3 Biologi / Ceramah P&P berkesan Kimia
Monday, June 27, 2011
Kolokium Profesionalisme Guru Cemerlang 2011
Tarikh - 30 Julai 2011 - Sabtu
Tema - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Sila klik pautan di bawah untuk muat turun dokumen kolokium.