Wednesday, July 20, 2011

Abstrak Kertas Kerja 'Kolokium Profesionalisme Guru Cemerlang 2011'


IELB’ TECHNIQUE IN THE TEACHING OF SUMMARY

Heriana Md. Salleh - SMK Convent Jalan Peel

The action research was carried out to assist the students in enhancing their summary writing skill for the summary question in section B of paper 1 PMR English. There were 6 students involved. Through the observation, it was seen that students were having difficullty in identifying the relevant main points and to link them within the word limit. Thus this research focuses on enhancing the students’ skills of identifying the main points in the summary text and writing out the main points identified within the word limit. Five lessons were carried out by using the ’IELB’ (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique. The data were gathered and analysed through their class work and school tests. The students showed their understanding in using the IELB (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique. The results of the post test has shown some improvement in the students’ achievement. Some students were reluctant to use the ’grid box’however, it has helped a few of the students to easily control the word limit when writing the summary. Therefore the IELB (Identifying, Eliminating, Linking and ’Boxing’) technique should be taught to the students so that they are more guided when answering the summary question in section B of paper 1 PMR English.


PREZI DALAM P&P FIZIK

Tan Kar Seng - SMK Puteri Wilayah

Guru sebagai golongan pendidik sentiasa mencari sesuatu cara menyampaikan maklumat atau konsep dengan cekap dan berkesan. Maklumat boleh disampaikan melalui perkataan, rajah, gambar foto atau pun dalam bentuk peta konsep. Antara cara terkini adalah melalui sesuatu perisian yang dipanggil Prezi. Kertas ini bertujuan memperkenalkan perisian ini dan bagaimana ia boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) mata pelajaran Fizik.



SATU ALAT BANTU UNTUK MENENTUKAN IMEJ SUATU TITIK DALAM PUTARAN

Latifah bt. Hj. Arshad - SMK Sentul Utama

Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi masalah murid tingkatan 5 dalam menentukan imej suatu titik di bawah putaran. Seramai 26 orang pelajar dari tingkatan 5 Dahlia yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja bertulis murid, analisis kertas peperiksaan akhir tahun serta ujian bulanan, temu bual dan diikuti dengan ujian-pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat menentukan titik imej di bawah suatu putaran disebabkan mereka tidak tahu menentukan titik objek dan pusat putaran. Mereka juga tidak tahu saiz sudut 90º dan diikuti dengan arah putaran sama ada arah ikut jam atau arah lawan jam. Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid untuk menentukan imej suatu titik atau objek di bawah suatu putaran. Empat sesi pengajaran dan pembelajaran (35 – 40 minit) telah dijalankan selama 2 minggu dan murid telah didedahkan dengan penggunaan alat bantu “PUP“ ( Protektor Untuk Putaran). Alat bantu ini direka khas untuk membantu pelajar menentukan titik imej di bawah suatu putaran. Keputusan dalam ujian pos 1 dan pos 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik juga menunjukkan murid merasa seronok dan dapat mengingat langkah-langkah untuk mencari suatu imej atau objek di bawah suatu putaran.


MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN SOALAN YANG MELIBATKAN SEL KIMIA DENGAN MENGGUNAKAN Teknik ‘Ne-Patterns’

Lee Saw Im - SMK Seri Bintang Utara

Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan teknik Ne-Patterns dalam meningkatkan pencapaian murid Tingkatan 5 dalam menjawab soalan-soalan berkaitan dengan sel kimia. Kajian ini melibatkan 32 orang murid. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian intervensi dan temu bual dengan 18 orang murid. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid tidak dapat membina sel kimia dan menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan sel kimia. Instrumen keputusan kajian terdiri daripada ujian-ujian pra dan pos dan soal-selidik. Perancangan tindakan ini difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan sel kimia melalui teknik Ne-Partterns. Murid-murid telah didedahkan kepada teknik Ne-Patterns selama 20 minit dan kajian ini diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian telah menunjukkan bahawa 79.4% murid menunjukkan peningkatan yang sangat ketara. Soal selidik juga menunjukkan 31 orang iaitu 91.2% murid lebih memahami, mudah mengingat, mahir menganalisis dan seronok dalam menjawab soalan tentang sel kimia melalui teknik Ne-Patterns.


PENGGUNAAN BLOG DALAM P&P BIOLOGI

Mahadiah Bt Muda - SM Sains Seri Puteri

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan blog adalah suatu alternative menarik kerana ia bukan sahaja boleh dijalankan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran secara formal, tetapi boleh juga dijalankan setiap masa, dan di mana sahaja tempat yang terdapat kemudahan ICT. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah ini dapat menambah minat pelajar kepada mata pelajaran biologi. Pelajar seronok dan teruja belajar kerana terdapat bahan-bahan animasi, video dan gambarfoto. Disamping itu juga mereka dapat berinteraksi dengan guru dengan mengemukakan soalan-soalan melalui blog. Pelajar juga menggunakan blog sebagai sumber untuk mendapat maklumat tambahan mata pelajaran Biologi.

No comments:

Post a Comment