Sunday, February 13, 2011

Majlis Pesaraan TKPPM YBhg Dato' Hjh Noor Rezan bt Bapoo Hashim


Majlis pesaraan YBhg Dato' Hjh Noor Rezan bt Bapoo Hashim diadakan secara meriah di Hotel Grand Seasons pada 13 Januari 2011 (Khamis). Sepuluh orang guru cemerlang dari Wilayah persekutuan telah menghadiri majlis ini. Mereka diberi tugasan sebagai AJK Hadiah dan cenderamata. Majlis turut dihadiri oleh pengetua, guru besar, warga Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang. Pelbagai juadah disediakan untuk menjamu selera para tetamu. Ucapan perpisahan YBhg Dato' Hjh Noor Rezan diikuti dengan pemberian cenderamata dan hadiah kenangan oleh jawantkuasa dan sektor-sektor warga pendidikan . AJK hadiah telah menyusun segala hadiah secara teratur mengikut protokol dan menguruskan acara pemberian hadiah dan cenderamata tersebut secara lancar. Acara kemuncak majlis ialah pemotongan kek harijadi oleh beliau diiringi dengan nyanyian lagu 'Happy Birthday'. GC Wilayah persekutuan turut bersalaman dengan YBhg Dato' Hjh Noor Rezan serta membawa semua hadiah dan cenderamata untuk diserahakan kepada beliau. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 5.30 petang.



No comments:

Post a Comment