Thursday, April 15, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Matematik Tingkatan 5

Tarikh : 14 April 2010.

Masa : 10.30 pagi – 4.30 petang.

Tempat : Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWP

Kumpulan Sasaran :

Semua guru Matematik tingkatan lima yang tidak mempunyai pengalaman menanda kertas 2 Matematik SPM dan pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun. Pihak jabatan telah menjemput seorang guru Matematik daripada setiap buah sekolah menengah di Kuala Lumpur dan 3 orang Guru Cemerlang Matematik akan berkongsi ilmu penandaan kertas Matematik SPM dengan para peserta kursus. Guru Cemerlang yang terlibat ialah Pn.Raimah bt Rani, Pn.Norliza bt Mufti dan Pn.Kalsom bt Parman.


Objektif :

    • Mendedahkan teknik menanda yang betul dan tepat bagi kertas 2 Matematik SPM.
    • Meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru – guru Matematik.
    • Meningkatkan kualiti Guru Cemerlang Baru dengan teknik penyampaian yang berkesan.

Laporan Keseluruhan :

Seramai 87 orang guru Matematik yang hadir daripada 93 buah sekolah yang dijemput. Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkesan. Hasil daripada borang penilaian kursus didapati para peserta sangat berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan dengan penerangan yang terperinci dan teratur.

Sesi ceramah berjalan dengan aktif serta diiringi dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan penceramah. Di samping itu, Guru Cemerlang yang berpengalaman juga membantu penceramah dalam memantapkan lagi isi ceramah yang disampaikan.

Hasil penilaian daripada para peserta juga, didapati mereka mencadangkan diadakan kursus Matematik dalam masa yang lama serta teknik-teknik mudah mengajar Matematik. Urusetia akan mengambil inisiatif dengan cadangan tersebut.


Disediakan oleh,

(Raimah bt Rani)

Guru Cemerlang Matematik

SMK Taman Melati, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment