Thursday, April 1, 2010

Membina Blog Gc Sejarah Mgckl

TEMPOH MASA : Januari – 31 Mac

TEMPAT : Mengikut kesesuaian masa sendiri

PENYELARAS : Encik Sohaidie bin Mohd Zain

LAPORAN RINGKAS PROGRAM:

Bertunjangkan matlamat menyebarluaskan pengetahuan, pengalaman dan bahan-bahan P&P Guru Cemerlang Sejarah JPWPKL kepada guru-guru maka difikirkan blog adalah cara yang paling mudah dan cepat. Pembinaan blog ini secara rasionalnya mensasarkan 100% guru-guru Sejarah mempunyai bahan bantu belajar untuk diaplikasikan ketika P&P di kelas masing-masing.

Blog ini berkonsepkan anjung bermaksud ia hanya sebagai pautan sahaja yang mana semua bahan yang dimasukkan itu perlu diakses kendiri oleh guru-guru. Kebanyakan bahan yang ada dalam bentuk .pdf bagi tujuan memelihara hak cipta MGC dan kebertanggungjawaban di pihak guru-guru itu sendiri. Hal ini kerana MGC menganggap kita hanya memberi idea dan ruang manakala menjadi tanggungjawab guru-guru supaya lebih kreatif mengolah dan menginovasikan lagi bahan-bahan tersedia dengan cara sendiri.

Secara umum, blog ini mengandungi 5 paparan muka iaitu Laman Utama, Program GC, Anjung PMR, Anjung SPM dan Profesionalisme Guru yang dikendalikan oleh semua GC Sejarah JPWPKL.

Pihak MGC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PP Bangsar-Pudu dan JPWPKL kerana menjadi penaung aktif serta kerjasama yang membanggakan.

Blog ini boleh dilayari buat sementara waktu di http://teamsejarahjpwpkl.wordpress.com dan bermula bulan Julai akan berubah tapaknya (akan diberitahu kemudian).

No comments:

Post a Comment