TARIKH / HARI : 1 Jun 2010 (Selasa)
TEMPAT : PP Bangsar-Pudu
PENYELARAS : Encik Sohaidie bin Mohd Zain
LAPORAN RINGKAS PROGRAM:
Bermatlamat meningkatkan kemahiran membina item objektif, struktur dan esei guru-guru Sejarah Zon Bangsar-Pudu maka secara rasionalnya kursus ini mensasarkan 70% guru-guru ini mampu membina item sendiri bagi digunakan dalam peperiksaan dan latihan murid-murid di sekolah masing-masing.
Secara umum, perkongsian ilmu ini dihadiri seramai 50 orang guru Zon Bangsar-Pudu dan 2 slot utama iaitu Teknik Membina Item Objektif serta Teknik Membina Item Struktur dan Esei.
Bagi melengkapkan ilmu yang dipelajari sesi perbengkelan diadakan merangkumi item SMR dan SMA. Berdasarkan pencapaian dan komitmen yang ditunjukkan guru-guru maka diyakini bahawa kursus ini banyak membantu mereka di sekolah nanti seterusnya juga mampu memantapkan lagi pembinaan item seterusnya memantapkan P&P di kelas masing-masing.
Pihak MGC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPD Bangsar-Pudu kerana menjadi penaung aktif serta kerjasama membanggakan yang akhirnya menjayakan kursus ini.
No comments:
Post a Comment