Thursday, July 8, 2010

Mesyuarat Guru Cemerlang Zon Sentul 1/2010

Semua Guru Cemerlang Zon Sentul telah menghadiri Mesyuarat GC Zon Sentul bertempat di PPD Sentul pada 8 Julai 2010 jam 8.00 pagi.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Zon Zentul, Puan Leela Devi. Jawatankuasa GC Zon Sentul diperkenalkan. Semua guru diminta mengemaskinikan data maklumat peribadi dengan setiausaha Puan Noriah. GC juga dibahagikan mengikut bidang mata pelajaran masing-masing untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan untuk peningkatan prestasi pelajar.


Selepas kudapan, mesyuarat disambung dengan pelancaran blog Majlis Guru Cemerlang WPKL oleh Encik Zainuddin Zakaria dan Cik Johana Mohammad, guru cemerlang ICT. Blog tersebut boleh diakses di http://www.gcwpkl.blogspot.com. Encik Zainuddin juga menunjukkan prosedur mewujudkan blog mata pelajaran. Sesi mendaftar untuk Yahoogroup MGCWPKL dibuat secara dalam talian oleh Cik Johana.

Seterusnya semua GCdimaklumkan tentang Seminar Kajian Tindakan serta Konvensyen Kebangsaan Guru-guru Cemerlang. Penjualan buku 'Selagi Masih Muda' dan 'Strategi Pengajaran Guru Cemerlang' juga dilakukan oleh bendahari, Puan Roslina.

Pegawai PPD Sentul juga memberi maklumat tentang kesanggupan pihak mereka untuk membiayai kos, tempat dan bahan untuk segala program Guru Cemerlang yang dirancang.
Setiap ketua mata pelajaran Zon Sentul mengemukakan perancangan mereka untuk tahun ini. Kertas kerja akan disediakan oleh mereka untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.oo tengahari.

No comments:

Post a Comment