Thursday, March 31, 2011

Seminar Teknik Menjawab Bahasa Malaysia Kertas 2 STPM

Tarikh : 31 Mac 2011

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

Tempat : Dewan SMK Wangsa Melawati, KL

Kumpulan Sasaran:

Seramai lebih kurang 30 orang pelajar yang mengambil kertas Bahasa Malaysia STPM telah terlibat dalam seminar ini yang terdiri daripada pelajar dari SMK Wangsa Melawati, SMK Taman Melati dan SMK Desa Tun Hussein Onn.

Laporan Perjalanan Bengkel:

SMK Wangsa Melawati telah mengambil inisiatif dengan mengumpulkan pelajar yang mengambil Bahasa Malaysia dari sekolah SMK Taman Melati dan SMK Desa Tun Hussein Onn untuk bersama-sama menghadiri seminar teknik menjawab soalan BM 2. Seminar ini telah disampaikan oleh Puan Noriah Harun selaku Guru Cemerlang Bahasa Malaysia yang mengajar kertas 2 Bahasa Malaysia. Pelbagai teknik menjawab soalan telah disampaikan oleh beliau agar pelajar dapat menjawab soalan yang diberi dengan tepat dan menepati kehendak Majlis Peperiksaan Malaysia.




No comments:

Post a Comment