Wednesday, March 16, 2011

Laporan Mesyuarat GC Zon Sentul

Tarikh : 10 Mac 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PPD Zon Sentul

Laporan :

Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Pn Leela Devi selaku Ketua GC Zon Sentul.
Mesyuarat diserikan dengan kehadiran Pn Suzana Pegawai PPD Bahagian Akademik. Puan Suzana menyarankan agar GC Sentul sentiasa bergerak aktif meningkatkan prestasi pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid. GC juga diharap dapat membantu PPD Zon Sentul dalam aktiviti-aktiviti zon.

Agenda mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan, kolokium dan konvensyen GC 2011, bahan rujukan GC dan blog GCWPKL.

Mesyuarat diteruskan dengan penerangan tentang blog dan yahoo group GCWPKL oleh Cik Johana Muhammad. Diikuti oleh Pn Azizah Musa dengan pembentangan 'Bagaimana Membina Kertas Cadangan yang Baik'. Slot ini menjelaskan dengan terperinci format dan kandungan kertas cadangan.

Slot terakhir ialah perbincangan tentang pelan tindakan 2011 mengikut matapelajaran masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 ptg.






Disediakan oleh:
Johana

No comments:

Post a Comment