MASA : 8.00-1.00pm
TEMPAT : SMK Kepong Baru
KUMPULAN SASARAN: 92 orang pelajar tingkatan 4 dari SM Zon Sentul
TAJUK:
Stress Management ( Pn. Koay),
Kemahiran Belajar ( Pn. Azizah),
Pengurusan Masa ( Pn. Khoo)
OBJEKTIF : Menguasai Teknik Pengurusan Stress
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
Pelajar membuat aktiviti ’warming up’ dengan bergerak mengikut irama yang dimainkan dengan tujuan pelajar relaks sebelum mula seminar. Penceramah mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan topik yang akan disampaikan. Kemudian pelajar melihat 'slide show' yang menerangkan pengertian stres, tanda-tanda stres, kesan-kesan stres dan cara yang sihat dan tidak sihat dalam menangani stres. Pelajar juga perlu menyenaraikan stres yang dihadapinya tahun lepas dan tahun ini di dalam kertas yang disediakan. Pelajar juga dikehendaki menjawab secara lisan bagaimana mereka menangani stres mereka.
PENCAPAIAN:
Pelajar dapat menunjukkan bahawa mereka memang menghadapi stres melalui senarai yang dicatatkan dalam kertas mereka dan mereka dapat membezakan cara yang sihat dengan cara yang tidak sihat dalam menangani stres. Pelajar juga sedar bahawa kesan negatif yang akan wujud jika stres tidak ditangani. Pelajar tidak dapat membuat aktiviti relaks pada sesi akhir ceramah kerana masa yang diperuntukkan hanya satu setengah jam sahaja.
Disediakan oleh : Puan Josephine Koay Nyook Moy (SMK Sinar Bintang)
No comments:
Post a Comment