Wednesday, August 4, 2010

Seminar Teknik Menjawab Soalan Untuk Pelajar Pengajian Am 900

Tarikh: 3 Ogos 2010 (Selasa)

Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak

Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang

Kumpulan Sasaran: Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Peringkat Negeri WPKL

Objektif:

1. Mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan bagi kedua-dua kertas.

2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian Pengajian Am dalam kalangan pelajar.

3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan-soalan Pengajian AM 900 terutamanya menjelang peperiksaan


Aktiviti yang dijalankan:

7.00 pagi - Pendaftaran

8.00 pagi - Kertas 1 (Penceramah: Pn. Lin Ee Lan dari SMK Seri Sentosa)

8.45 pagi - Kertas 2 (Bahagian A dan B) (Penceramah: Pn. Azizah Sukor dari SMK Cochrane)

9.30 pagi - Kertas 2 (Bahagian C)

(Penceramah: Pn. Norhasmah Hassan dari SMK Tmn Tun Dr. Ismail)

11.00 pagi - Kertas 2 (Bahagian D)

(Penceramah: Pn. Leela Devi Balakrishnan dari SMK Chong Hwa)

Huraian ringkas

Seminar ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tentang teknik-teknik menjawab kertas-kertas Pengajian Am dengan sempurna. Para pelajar menumpukan perhatian mereka dengan penuh teliti kepada segala arahan serta nasihat yang diberi oleh para penceramah yang berpengalaman luas di dalam mata pelajaran ini.

Pencapaian

Seminar ini berjaya membuka mata para pelajar kepada teknik-teknik mendapat keputusan cemerlang di dalam mata pelajaran Pengajian Am STPM.



Dilapor oleh,

(ISAAC J. VICTOR)

SMK Jinjang

No comments:

Post a Comment