Friday, July 30, 2010

Program MBMMBI bersama Guru Cemerlang / Guru Sumber Bahasa PP Bangsar Pudu

Date: 28 Julai 2010

Place: Bangsar – Pudu District Education Office

Time: 2 – 4 pm

Target Group: English Language Resource and Master Teachers

Objective:

A. To plan for the following:

1. Immediate activities to improve and upgrade the proficiency of English

language among PMR and SPM students in the district.

2. Language camp for forms 1 and 2 students in the district.

3. Programme for the academic year of 2011.

B. To ensure that all resource and master teachers work together as a team under

the district organization.

Summary of Activities:

  1. Teachers were divided into pairs and teams to carry out the Ambang PMR / Ambang SPM activities in selected schools.
  2. Teachers were to prepare their resource material to be handed in to the district office for printing
  3. Teachers in charge of the Language camp were to plan and to prepare their activities to be executed on the 25 September as earlier planned.

Achievement

Both programmes ere successfully carried out and kudos to the teachers and the excellent teamwork portrayed.

Bengkel Score-A Matematik Pra-Spm 2010 (Tingkatan 4)

Tarikh : 29 Julai 2010.

Masa : 7.30 pagi – 4.30 petang.

Tempat : DEWAN SMK WANGSA MELAWATI, KL.

Kumpulan Sasaran :

Pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelajar yang mencapai tahap sederhana dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.. Pihak JPWPKL telah menjemput 8 orang pelajar dari beberapa buah sekolah yang terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif :

    • Mendedahkan teknik menjawab soalan yang betul dan tepat bagi kertas 2 Matematik SPM.
    • Meningkatkan kefahaman dan kepelbagaian teknik menjawab soalan SPM di kalangan peserta seminar.
    • Meningkatkan kualiti Guru Cemerlang Baru dengan teknik penyampaian yang berkesan.

Pelaksanaan Program :

Program dijalankan dalam bentuk ceramah dan bengkel. Topik – topik yang dipilih adalah topik yang kurang dikuasai dan dijawab oleh pelajar tingkatan empat semasa peperiksaan. Program dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Guru Cemerlang yang terlibat ialah Pn.Raimah bt Rani, Pn.Kalsom bt Parman, Pn.Rafidah bt Ramli dan Pn.Anis Sabarina bt Abu Bakar.


Laporan Keseluruhan :

Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat yang hadir daripada 15 buah sekolah yang terpilih. Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkesan. Hasil daripada borang penilaian kursus didapati para peserta sangat berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan dengan penerangan yang terperinci dan teratur.Sesi ceramah berjalan dengan aktif serta diiringi dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan fasilitator. Di samping itu, Guru Cemerlang yang berpengalaman juga membantu penceramah dalam memantapkan lagi isi ceramah yang disampaikan.

Hasil penilaian daripada para peserta juga, didapati mereka mencadangkan diadakan seminar seperti ini di sekolah mereka atau bergabung dengan sekolah lain. Urusetia akan mengambil inisiatif dengan cadangan tersebut.


Disediakan oleh,

(ANIS SABARINA ABU BAKAR)

Guru Cemerlang Matematik(Baru)

SMK(P) Air Panas,Kuala Lumpur

Sunday, July 18, 2010

Action Research Course

Date: 15 – 16 July 2010

Place: WPKL State Education Office

Time: 8a.m. – 4 p.m.

Target Group: All English language Master Teachers

Objective: Teachers use the Action Research methodology to

I. reflect upon and evolve their teaching styles,

II. document one aspect of their teaching style to gain efficacy of their pedagogy as well as the students’ learning styles, and

III. share research finding among fellow practitioners , thus increasing professional skills.

Summary of Activities:

1. Course participants were introduced to the following areas of Action Research by guest lecturer – Puan Leeladevi Balakrishnan:

a. Choosing a research question

b. Deciding nature of information needed in collecting the necessary information and how it will be collected

c. Analysis of data

d. Organization and write up of data and results

e. To incorporate results of research into classroom practice

2. Teachers were able to present their research question and explain intended course of work which will be handed in to the ELO at a prescribed date.

Achievement

1. Teachers were able to convey their methodologies successfully via power point presentations.

Saturday, July 17, 2010

Senarai Nama GC Persidangan Kebangsaan

Senarai nama GC yang menginap :




Senarai nama GC yang tidak menginap:


Permohonan Guru Cemerlang

Perhatian kepada semua Guru Cemerlang :

Bagi GC yang ingin memohon ke gred yang lebih tinggi sila layari laman web

http://www.moe.gov.my/jnjk/page13/page13.html dan muat turun borang pemohonan.

Kekosongan adalah seperti berikut:

  1. DGA32 - 90
  2. DGA38 - 153
  3. DGA44 (SR) - 1531
  4. DG44 (SM) - 476
  5. DG48 (SR) - 45
  6. GKC - 11
Tarikh tutup : 29 Julai 2010

Harap Maklum

Friday, July 9, 2010

Program Seminar PMR Zon Sentul 2010 (Bimbingan Kaunseling)


TARIKH: 8.7.2010

HARI : KHAMIS

MASA : 8.00-1.00pm

TEMPAT : SMK Kepong Baru

KUMPULAN SASARAN: 92 orang pelajar tingkatan 4 dari SM Zon Sentul

TAJUK:

Stress Management ( Pn. Koay),

Kemahiran Belajar ( Pn. Azizah),

Pengurusan Masa ( Pn. Khoo)

OBJEKTIF : Menguasai Teknik Pengurusan Stress


AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Pelajar membuat aktiviti ’warming up’ dengan bergerak mengikut irama yang dimainkan dengan tujuan pelajar relaks sebelum mula seminar. Penceramah mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan topik yang akan disampaikan. Kemudian pelajar melihat 'slide show' yang menerangkan pengertian stres, tanda-tanda stres, kesan-kesan stres dan cara yang sihat dan tidak sihat dalam menangani stres. Pelajar juga perlu menyenaraikan stres yang dihadapinya tahun lepas dan tahun ini di dalam kertas yang disediakan. Pelajar juga dikehendaki menjawab secara lisan bagaimana mereka menangani stres mereka.

PENCAPAIAN:

Pelajar dapat menunjukkan bahawa mereka memang menghadapi stres melalui senarai yang dicatatkan dalam kertas mereka dan mereka dapat membezakan cara yang sihat dengan cara yang tidak sihat dalam menangani stres. Pelajar juga sedar bahawa kesan negatif yang akan wujud jika stres tidak ditangani. Pelajar tidak dapat membuat aktiviti relaks pada sesi akhir ceramah kerana masa yang diperuntukkan hanya satu setengah jam sahaja.

Disediakan oleh : Puan Josephine Koay Nyook Moy (SMK Sinar Bintang)

Thursday, July 8, 2010

Kursus Kajian Tindakan

Satu Kursus Kajian Tindakan akan diadakan pada 5 Ogos 2010 bertempat di PPD Sentul jam 8.30 pagi.

GC yang berminat mengikuti kursus ini boleh mendaftar dengan Bendahari Puan Roslina Othman, SMK Segambut Jaya dengan kadar segera sebelum 20 Julai.Bayaran RM15.00. Makanan disediakan.

Kursus ini dianjurkan oleh Jawatankuasa GC Zon Sentul.

Mesyuarat Guru Cemerlang Zon Sentul 1/2010

Semua Guru Cemerlang Zon Sentul telah menghadiri Mesyuarat GC Zon Sentul bertempat di PPD Sentul pada 8 Julai 2010 jam 8.00 pagi.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Zon Zentul, Puan Leela Devi. Jawatankuasa GC Zon Sentul diperkenalkan. Semua guru diminta mengemaskinikan data maklumat peribadi dengan setiausaha Puan Noriah. GC juga dibahagikan mengikut bidang mata pelajaran masing-masing untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan untuk peningkatan prestasi pelajar.


Selepas kudapan, mesyuarat disambung dengan pelancaran blog Majlis Guru Cemerlang WPKL oleh Encik Zainuddin Zakaria dan Cik Johana Mohammad, guru cemerlang ICT. Blog tersebut boleh diakses di http://www.gcwpkl.blogspot.com. Encik Zainuddin juga menunjukkan prosedur mewujudkan blog mata pelajaran. Sesi mendaftar untuk Yahoogroup MGCWPKL dibuat secara dalam talian oleh Cik Johana.

Seterusnya semua GCdimaklumkan tentang Seminar Kajian Tindakan serta Konvensyen Kebangsaan Guru-guru Cemerlang. Penjualan buku 'Selagi Masih Muda' dan 'Strategi Pengajaran Guru Cemerlang' juga dilakukan oleh bendahari, Puan Roslina.

Pegawai PPD Sentul juga memberi maklumat tentang kesanggupan pihak mereka untuk membiayai kos, tempat dan bahan untuk segala program Guru Cemerlang yang dirancang.
Setiap ketua mata pelajaran Zon Sentul mengemukakan perancangan mereka untuk tahun ini. Kertas kerja akan disediakan oleh mereka untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.oo tengahari.