Friday, July 30, 2010

Bengkel Score-A Matematik Pra-Spm 2010 (Tingkatan 4)

Tarikh : 29 Julai 2010.

Masa : 7.30 pagi – 4.30 petang.

Tempat : DEWAN SMK WANGSA MELAWATI, KL.

Kumpulan Sasaran :

Pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelajar yang mencapai tahap sederhana dalam peperiksaan pertengahan tahun yang lalu.. Pihak JPWPKL telah menjemput 8 orang pelajar dari beberapa buah sekolah yang terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif :

    • Mendedahkan teknik menjawab soalan yang betul dan tepat bagi kertas 2 Matematik SPM.
    • Meningkatkan kefahaman dan kepelbagaian teknik menjawab soalan SPM di kalangan peserta seminar.
    • Meningkatkan kualiti Guru Cemerlang Baru dengan teknik penyampaian yang berkesan.

Pelaksanaan Program :

Program dijalankan dalam bentuk ceramah dan bengkel. Topik – topik yang dipilih adalah topik yang kurang dikuasai dan dijawab oleh pelajar tingkatan empat semasa peperiksaan. Program dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Guru Cemerlang yang terlibat ialah Pn.Raimah bt Rani, Pn.Kalsom bt Parman, Pn.Rafidah bt Ramli dan Pn.Anis Sabarina bt Abu Bakar.


Laporan Keseluruhan :

Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat yang hadir daripada 15 buah sekolah yang terpilih. Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkesan. Hasil daripada borang penilaian kursus didapati para peserta sangat berpuas hati dengan isi ceramah yang disampaikan dengan penerangan yang terperinci dan teratur.Sesi ceramah berjalan dengan aktif serta diiringi dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan fasilitator. Di samping itu, Guru Cemerlang yang berpengalaman juga membantu penceramah dalam memantapkan lagi isi ceramah yang disampaikan.

Hasil penilaian daripada para peserta juga, didapati mereka mencadangkan diadakan seminar seperti ini di sekolah mereka atau bergabung dengan sekolah lain. Urusetia akan mengambil inisiatif dengan cadangan tersebut.


Disediakan oleh,

(ANIS SABARINA ABU BAKAR)

Guru Cemerlang Matematik(Baru)

SMK(P) Air Panas,Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment