Sunday, August 29, 2010

Program Peningkatan PRS Zon Sentul


Tarikh: 29.7.2010
Masa: 10.30 - 11.30 am

Kumpulan Sasaran : 92 orang pelajar tingkatan 4 dari SM Zon Sentul
Objektif: Menguasai Nilai Murni dan Meningkatkan Imej Positif Diri seorang PRS.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Pelajar membuat aktiviti ikatan seramai 8 orang satu kumpulan. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan diasingkan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti dengan penuh keselesaan. Pelajar memegang tangan kawan dan tangan mereka akan bersilang dan mereka perlu membuka ikatan tanpa melepaskan tangan mereka. Kumpulan yang mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni yang positif dapat membuka ikatan tersebut dalam masa yang cepat. Ketua kumpulan dijemput membuat rumusan tentang kejayaan atau kegagalan kumpulan mereka dalam menjalankan aktiviti tersebut pada akhir aktiviti tersebut. Selepas aktiviti Pn Khoo menerangkan image positif seorang PRS dan Pn Azizah menunjukkan ciri-ciri image PRS melalui power point.


PENCAPAIAN

Nilai-nilai murni dan imej PRS dapat diperhatikan dalam aktiviti yang dijalankan seperti nilai kesabaran, kerjasama, tolenrasi, berfikir sebelum bertindak, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan arahan ketua yang jelas. Terdapat juga kumpulan yang kurang berkomunikasi, bertindak tanpa merancang strategik tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dalam aktiviti membuka ikatan mereka. Pelajar dapat melihat kelemahan dan kekuatan mereka melalui aktiviti tersebut.


Disediakan oleh: Puan Josephine Koay Nyook Moy (SMK Sinar Bintang)

No comments:

Post a Comment