Friday, August 6, 2010

Program Peningkatan Prestasi Matematik Pelajar Matematik Tingkatan Lima 2010

Tarikh : 5 Ogos 2010.

Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang.

Tempat : Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, JPWP

Kumpulan Sasaran:

Pelajar tingkatan 5 di semua sekolah Kuala Lumpur yang prestasi matematik peringkat SPM, peratus lulus di bawah 70 %. Sebuah sekolah diwakili oleh empat orang pelajar.


Objektif

    • Mendedahkan teknik menjawab soalan Matematik SPM Kertas 2 yang ringkas, tepat dan cepat.
    • Meningkatkan kualiti jawapan pelajar.
    • Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab dengan cemerlang bagi Matematik Kertas 2 SPM.

Pelaksanaan Program:

Program dijalankan dalam bentuk ceramah dan bengkel. Topik – topik yang dipilih adalah topik yang kurang dikuasai dan dijawab oleh pelajar semasa peperiksaan. Program dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.

Guru Cemerlang yang terlibat ialah Pn.Raimah bt Rani, Pn.Norliza bt Mufti, Pn.Kalsom bt Parman, Pn.Rafidah bt Ramli dan Pn.Anis Sabarina bt Abu Bakar.

Laporan keseluruhan:

Seramai168 orang pelajar Tingkatan 5 daripada 42 buah sekolah terpilih yang dijemput telah hadir. Penceramah telah menyampaikan ceramah dengan jelas dan berkesan. Fasilitator telah membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan individu dengan cemerlang.

Sesi ceramah berjalan dengan aktif serta diiringi dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan penceramah.



Disediakan oleh,

(Kalthom binti Parman)

Guru Cemerlang Matematik

SM Sains Selangor, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment