Monday, August 16, 2010

Kursus Peningkatan Pedagogi Biologi 2010

KURSUS PENINGKATAN PEDAGOGI GURU GURU BIOLOGI 2010

TARIKH : 22 JULAI 2010 (KHAMIS)

MASA: 8.00 pagi – 4.00 petang

TEMPAT: PPD Bangsar/ Pudu

KUMPULAN SASARAN:

42 orang guru-guru baru Biologi yang mengajar kurang dari 3 tahun dari 42 buah sekolah yang pencapaian Gred Purata lebih 5 dalam SPM 2009

GURU-GURU CEMERLANG BIOLOGI YANG TERLIBAT :


Puan Mahadiah bt Muda, Pn

Siti Marhamah bt Mohd Sarmaji, Pn

Nik Rahayu bt Nik Mustapa, Pn

Rohizan bt Mahmud, Pn

Chan Chooi Seong, Pn

Hasnani bt Abdul Samad dan Pn

Tuan Norma bt Tuan Yaacob.

Laporan Kursus:

Pengisian kursus kali ini lebih tertumpu kepada penggunaan ICT untuk P&P Biologi yang berkesan. Para peserta dibimbing oleh GC kaedah mengajar berkesan berdasarkan topik-topik popular disoal dalam peperiksaan SPM.


Maklum balas dari peserta menunjukkan bahawa kursus seperti ini diperlukan lagi pada masa akan datang. Ini bertujuan memantapkan lagi pengetahuan guru-guru Biologi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian Biologi dalam peperiksaan SPM.

Kursus sebegini juga boleh diadakan dalam beberapa siri sepanjang tahun dengan perancangan pengisian yang merangkumi pelbagai pendekatan dan dengan pilihan sasaran guru yang tepat.

Secara amnya, maklum balas menunjukkan masih ramai guru Biologi yang memerlukan bimbingan dari kalangan guru-guru Biologi berpengalaman atau daripada Guru-guru Cemerlang dalam usaha memperbaiki mutu pengendalian P&P mereka di bilik darjah.




No comments:

Post a Comment