Friday, August 6, 2010

Kursus Kajian Tindakan

Tarikh : 5 Ogos 2010

Tempat : PPD Sentul

Laporan Ringkas :

Penceramah yang bertanggungjawab dalam menjayakan kursus tersebut ialah Puan Leela Devi A/P Balakrisnan. Beliau merupakan seorang Jurulatih Utama(JU) kajian tindakan peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan. Seramai 46 orang Guru Cemerlang telah menghadiri kursus tersebut.

Antara objektif Kursus ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para Guru Cemerlang tentang prosedur atau pelaksanaan sesuatu kajian tindakan. Selain itu, kursus ini juga diharap dapat memberi bimbingan kepada Guru Cemerlang untuk membuat kajian tindakan yang betul dan ilmu tersebut diharap dapat dikongsi bersama rakan guru yang lain di sekolah masing-masing. Objektif yang ketiga ialah diharapkan dengan penganjuran kursus kajian tindakan ini dapat menyemai sifat sebagai penyelidik dalam kalangan guru cemerlang.

Kursus tersebut telah berjalan dengan lancarnya dan kebanyakan guru yang hadir melahirkan rasa terima kasih kerana kesanggupan Majlis Guru Cemerlang Zon Sentul untuk menganjurkan kursus seumpama itu. Diharap majlis perkongsian ilmu seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.




















No comments:

Post a Comment